Renault lancar GT220 untuk model Megane

By  |  0 Comments

Renault-Megane-GT220-6

Pastinya mahu memberikan imej dan prestasi yang lebih mengagumkan mendorong Renault untuk menampilkan siri modifikasi GT220 bagi barisan model Megane.

Boleh didapati dalam varian Hatch, Coupe dan Sport Tourer, GT220 dilengkapi dengan casis kejuruteraan-Renaultsport, rim aloi Serdard bersaiz 18-inci, cakera pelindung hadapan 320 mm dan cakera brek belakang solid 260 mm, serta silinder baharu RS.

Pada sudut rekaan pula, Megane GT220 ditampilkan dengan bampar hadapan baharu dengan corong udara tengah yang dibentuk semula serta peresap aerodinamik baharu dan warna kerangka pada bahagian bawah bampar belakang.

Dengan dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 16-injap pengecas turbo, ia mampu menghasilkan 220 hp pada 4.750 rpm dan tork setinggi 340 Nm pada 2,400 rpm. Digabungkan dengan transmisi manual enam-kelajuan, Megane GT220 ini boleh dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 7.6 saat dan mampu dipecut dengan kelajuan maksimum 240 km/j.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *