ETCM rai pemenang pusingan kedua Great Nissan Buy 1 Win 1

By  |  0 Comments

02 Prize Giving Ceremony_Winner of the Great Nissan Buy 1 Win 1 (Round 2)

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini menyerahkan kereta baharu Nissan kepada lima orang pemenang Kempen Nissan Buy 1 Win 1 (Pusingan 2). Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di bilik pameran Nissan di Petaling Jaya.
Kempen Nissan Buy 1 Win 1 yang terkini ini menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk memenangi sebuah kenderaan baharu selepas membeli sebuah Nissan.

Dengan nilai hadiah bernilai lebih RM600,000 bagi pusingan 2 ini, model-model Nissan yang sedia untuk dimenangi ialah Grand Livina 1.8, X-Trail 2.0, Navara 2.5 LE dan Sylphy 1.8E.

“Bagi pihak Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, saya berasa sangat berbesar hati untuk menyerahkan kunci kepada semua pemenang bertuah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan atas sokongan padu mereka ke atas kempen yang sangat berjaya ini,” kata Pengarah Kanan Jualan dan Pemasaran ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

01 Prize Giving Ceremony_Speech_Dato Ang

Pemenang bagi pusingan ini ialah Tan Song Ping yang memenangi sebuah Grand Livina selepas membeli Navara, Zainudin Ahmad, pemilik Grand Livina pula menerima Sylphy 1.8E dan Lee Ai Lee yang membeli Teana pula memenangi X-Trail.

Pembeli Sylphy 1.8E, Uzairah Abdul Majid pula memenangi Navara 2.5LE dan Pang Poon King pula menerima Grand Lovina 1.8 selepas membeli Almera 1.5E.

Bagi meraikan kedatangan tahun kambing dan CNY yang bakal menjelang, ETCM kini menawarkan tawaran dan promosi menarik ke atas model-model terpilih Nissan melalui Kempen ‘Joy of Abundance’.

Kempen yang bermula dari 3 Januari lalu dan akan berakhir pada 28 Februari 2015 itu menawarkan rakyat Malaysia penjimatan hebat serta pakej-pakej untuk model-model Nissan seperti Teana, Serena S-Hybrid, Navara, Sylphy, Grand Livina dan X-Gear.

Sebagai tambahan, ETCM turut mengadakan peraduan “Pandu Uji dan Menang Besar” untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia memenangi sebuah Nissan Sylphy baharu.

Untuk menyertai peraduan “Pandu Uji dan Menang Besar”, para pelanggan perlu memandu uji sebuah model Nissan, kemudian lengkapkan satu slogan dalam borang penyertaan. Sebagai satu bonus, mereka yang membeli dan mendaftarkan apa jua model Nissan sebelum 28 Februari 2015 layak untuk menerima tujuh borang penyertaan tambahan yang pastinya meningkatkan peluang mereka memenangi Sylphy tersebut dan pemenang akan dipilih berdasarkan kepada slogan yang paling kreatif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *