McLaren MSO memperkenalkan model 650S Project Kilo

By  |  0 Comments

McLaren-MSO-4

McLaren Special Operations (MSO) telah mendedahkan sebuah model yang unik iaitu 650S Project Kilo. McLaren berkata ini merupakan “salah satu projek paling peribadi yang dijalankan oleh MSO tepat pada masanya”.

Jentera ini telah menerima padanan material gentian karbon pada bahagian bumbung, peresap belakang, panel sisi dan juga kluster intrumen. Ia turut menampilkan penutup penapis minyak yang sama dengan warna kerangka dengan logo McLaren Orange, bahagian dalaman pintu turut dicat dengan warna McLaren Orange dan turut ditampilkan logo MSO serta saduran 24 karat emas pada pelindung ekzos.

Daya tarikannya turut ditambah dengan adanya lukisan ringkas burung kiwi pada bahagian penutup enjin, di mana syarikat Britain itu berkata ia merujuk pada New Zealand iaitu negara kelahiran pengasas McLaren sendiri, Bruce Mclaren.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *