Lexus bakal memperkenalkan model konsep baharu di Geneva Motor Show 2015

By  |  0 Comments

Lexus

Lexus telah mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan model konsep baharu di Geneva Motor Show 2015 yang bakal berlangsung awal Mac ini. Walau bagaimana pun, masih tiada maklumat lanjut mengenainya. Namun pihak Lexus telah menyiarkan imej bentangan bagi tapak pameran mereka di pertunjukan automotif tersebut dan ia kelihatan seperti model LFA bakal mengambil tempat di sana.

Mungkin juga Lexus memberikan bayangan model pengganti LFA merupakan model konsep berkenaan? Atau pun mungkin model konsep tersebut ialah “LF-RX” iaitu generasi akan datang bagi RX?

Tetapi, pada September lalu, Yukihiko Yaguchi iaitu Ketua Jurutera RC F berkata model baharu LFA tiada dalam agenda mereka buat setakat ini. Malah beliau juga menambah, ia pasti mengambil masa yang agak lama untuk direncanakan.

Jadi, biarkan sahaja Lexus terus bermain teka-teki dan mereka akan membongkarkan sendiri rahsia ini apabila tiba masanya kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *