NAIAS 2014 havoc!

By  |  0 Comments

North-American-International-Auto-Show-logo

North American International Auto Show (NAIAS) 2014 telah membuka tirainya pada 13 Januari lalu. Berlangsung selama dua minggu di COBO Center, Detroit, Michigan, Amerika Syarikat, penganjuran ke-25 NAIAS ini telah menerima 61 penyertaan dari pelbagai negara termasuklah Mongolia dan Qatar yang baru pertama kali memeriahkan pameran kenderaan terkemuka dunia ini.

001-toyota-ft-1-concept-detroit-2014-1

Sebanyak 71 buah kenderaan dipamerkan dengan 61 daripadanya pertama kali diperkenalkan di mata dunia. Daripada jumlah itu, yang paling mengujakan ialah apabila Toyota telah membuat kejutan dengan memperkenalkan model konsep FT-1. Singkatan bagi “Future Toyota” hangat diperkatakan bakal menggantikan Toyota Supra. Menurut Toyota, ia diinspirasi berdasarkan kereta konsep FT-HS dan Lexus LF-LC. Secara kasarnya, kereta sport ini diproduksi bagi memfokuskan pada kegunaan di atas trek perlumbaan.

SUBARU

Subaru WRX STI turut membuat penampilan pertama untuk tontonan umum secara global. Model baharu WRX ini dijanakan oleh enjin Boxer 2.5 liter pancitan terus turbo (DIT) yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 305 hp dan tork 393 Nm dengan transmisi manual enam kelajuan.

Nissan juga tidak mahu kalah dengan memperkenakan Nissan Sport Sedan yang dipadankan dengan enjin 3.5 liter dan berkemampuan memberikan kuasa maksimum melebihi 300 hp.

Nissan Sport

Walau pun Kia juga memperkenalkan konsep Kia GT4 Stinger, namun jenama ini telah membuat kenyataan bahawa buat setakat ini tiada sebarang perancangan untuk memproduksikan model ini. Tampil dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo empat silinder, Kia GT4 Stinger ini dikatakan mampu memberikan kuasa maksimum sehingga 315 hp.

KIA GT4

Volkswagen juga tidak ketinggalan mendedahkan beberapa model konsepnya, antara yang paling menerima perhatian ialah VW Beetle Dune yang dianggap sebagai “Baja Bug untuk abad ke-21”. Diperkasakan dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo empat silinder dan transmisi klac berkembar enam kelajuan, Beetle Dune ini 0.8 inci lebih tinggi dan 0.5 inci lebih panjang berbanding dengan model yang diproduksikan.

volkswagen-beetle-dune-concept-live-detroit-1

Porsche turut mencuri tumpuan ramai dengan mempamerkan Porsche 911 Targa versi 2014. Dengan dua varian, Targa 4 dijanakan oleh enjin 3.4 liter dan mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 350 hp. Manakala Targa 4S pula dipadankan dengan enjin 3.8 liter dengan kuasa maksimum 400 hp dan mampu mencapai kelajuan tertinggi pada 183 km/j.

Selain itu, model lain yang turut membuat penampilan pertama ialah 2015 Chrysler 200 Sedan, Chevrolet Corvette Z06 dan Corvette C7-R, Infiniti Q50 Eau Rouge, Continental GT V8 S, Mercedes S-Class Coupe, Audi E-Tron Quattro Allroad, Ford Transit Connect, BMW 235i, Ford F150, Volvo XC Coupe, 2015 Hyundai Genesis, Cadillac Elmiraj dan banyak lagi.

Dalam deretan kenderaan yang dipamerkan itu, Chevrolet Convette Stingray telah dinobatkan sebagai ‘Kenderaan Tahunan Amerika Utara’ yang diumumkan sewaktu hari pertama pembukaan NAIAS 2014. Manakala Chevrolet Silverado pula memenangi kategori ‘Trak Tahunan’. Nampak gayanya Chevrolet menang berganda tahun ini. Pemilihan ini dilakukan oleh panel yang terdiri daripada wartawan automotif terkemuka dunia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *