Volkswagen Group capai jualan 9.7 juta kenderaan di seantero dunia pada 2013

By  |  0 Comments

BODYIMAGE_volkswagen-uk

Volkswagen Group telah mengumumkan bahawa jenama ini berjaya mencapai jualan sehingga 9.7 juta unit kenderaan di seantero dunia pada tahun 2013 yang lalu. Ia merangkumi jualan daripada kategori kenderaan kecil sehinggalah ke trak tugas berat.

Tidak termasuk dengan MAN dan Scania iaitu dua jenama bagi trak besar, Volkswagen Group telah berjaya menjual sehingga 5.93 juta kenderaan di seantero dunia (meningkat sehingga 3.4% berbanding 5.74 juta unit pada tahun 2012) dengan Kenderaan Penumpang Volkswagen mendahului carta jualan.

Rantau Asia Pasifik merupakan penyumbang terbesar dengan jualan 2.73 juta unit kenderaan iaitu meningkat sebanyak 15% berbanding tahun 2012. Manakala Eropah pula menyumbang 1.64 juta unit, Amerika Utara dengan 616,800 unit dan Afrika Selatan pula 720,400 unit.

Sementara itu, Audi pula telah mencecah jualan sehingga 1.58 juta unit pada tahun lalu iaitu meningkat sebanyak 20.9% berbanding pada tahun sebelumnya.

Porsche yang berada di bawah naungan Volkswagen Group sejak 1 Ogos 2012 pula mencapai jualan sehingga 162,100 unit kenderaan, Skoda dengan 920,800 unit dan SEAT pula mencecah 355,000 unit pada tahun lalu. Manakala Kenderaan Komersil Volkswagen pula mencatat jualan sehingga 551,900 unit.

Walau bagaimana pun, Volkswagen Group tidak mengharapkan sebarang perubahan yang signifikan pada tahun 2014. Sebaliknya mengharapkan pembangunan pasaran pada tahun ini lebih kurang sama dengan kejayaan pada tahun lalu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *