Siri Jelajah Mega Suzuki dilanjutkan

By  |  0 Comments

Suzuki Mega Roadshow_3

Suzuki Malaysia Automobile (SMA) yang membawakan Siri Jelajah Mega Suzuki pada Disember tahun lalu telah dilanjutkan sehingga 2 Mac 2014 ini. Siri promosi bagi tahun ini akan dimulakan di Mydin, Kuala Terengganu pada 17 Januari ini selama tiga hari.

Menurut Shahrul Mizan, Ketua Jualan dan Pemasaran SMA, “Kejayaan siri jelajah mega 2013 dengan sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai telah mendorong SMA untuk melanjutkan promosi ini sehingga 2 Mac akan datang. Kami turut menawarkan pelbagai tawaran dan hadiah menarik untuk dibawa pulang termasuklah peluang memandu uji kenderaan Suzuki sehinggalah promosi ini bakal berakhir pada minggu pertama bulan Mac ini. Malah promosi menarik ini juga dilanjutkan bagi memberikan tawaran hebat sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba. ”

Suzuki Mega Roadshow_4

Antara tawaran hebat yang menanti kehadiran pengunjung ialah setiap 500 orang pelanggan pertama Suzuki Swift yang mendaftar di mana-mana lokasi siri jelajah ini berpeluang untuk menyertai acara cabutan bertuah. Hadiah utama yang berpeluang dibawa pulang ialah pakej pelancongan untuk dua orang ke Jepun, TV LED bersaiz 60 inci termasuk sistem teater rumah, akaun simpanan dengan ASB/ASN bernilai RM10,000 dan baucer membeli-belah Parkson bernilai RM5,000 (mengikut terma & syarat yang ditetapkan).

Malah promosi menarik ini turut menawarkan rebat tunai sehingga RM15,000 (tertakluk pada terma dan syarat). Pembelian Suzuki Swift GL dan Swift GLX turut berpeluang memperoleh kadar faedah pinjaman yang rendah sehingga 1.88% daripada MayBank atau pun RHB Islamic Bank.

Selain dari Mydin Mall, Kuala Terengganu, lokasi lain yang turut terpilih bagi Siri Jelajah Mega Suzuki 2014 ini ialah Delta Mall, Sibu (24-26 Jan), KB Mall, Kota Bahru (5-7 Feb), East Coast Mall, Kuantan (7-9 Feb), AEON Kinta City, Ipoh (7-9 Feb), Star Parade, Alor Star (13-15 Feb), Ujana Kewangan Mall, Labuan (21-23 Feb) dan DRB-HICOM Auto Fest 2014 di kompleks ibu pejabat EON, Glenmarie, Shah Alam pada 28 Februari hingga 2 Mac ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq viralqq serverpkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
judi bola parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games qq pkv dominoqq viralqq serverpkv parlay