Karnival Proton bakal berlangsung di Melaka pada hujung minggu ini

By  |  0 Comments

Karnival Proton

Rentetan daripada kejayaan Karnival Proton yang berlangsung di Shah Alam pada November yang lalu, Proton Holdings Berhad (Proton) bakal menganjurkan satu lagi karnival seumpamanya, dengan memilih Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebagai lokasinya.

Ia akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 17 hingga 19 Januari ini. Apa yang paling menarik ialah Proton akan membuat penampilan pertama model terbaharu jenama ini sepanjang karnival tersebut.

Selain daripada itu, sebanyak 80 unit kenderaan Proton bakal disediakan bagi dipandu uji oleh para pengunjung, antaranya Suprima S, Preve dan Satria Neo R3. Malah Proton akan turut menawarkan promosi jualan istimewa bagi model kenderaan Proton edisi terhad 2013 dengan diskaun yang hebat.

Bukan itu sahaja, diskaun untuk alat ganti bagi model Proton terpilih seperti Waja, Savvy, Persona, Wira, Inspira dan Saga dengan tawaran sehingga 60% daripada harga asalnya turut akan menjadi daya tarikan sepanjang karnival ini. Di mana ada sesetengah alat ganti tersebut ditawarkan pada harga serendah RM1.00 sahaja.

Tawaran lain yang turut dijanjikan oleh Proton untuk karnival tersebut ialah pakej kewangan istimewa termasuk kadar faedah rendah untuk pembeli yang berminat membuat tempahan. Malah banyak juga aktiviti menarik yang bakal menanti kehadiran para pengunjung termasuklah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, penampilan istimewa pemain pasukan Melaka FC, persembahan hiburan oleh artis tempatan dan pertunjukan pemanduan penuh mencabar oleh pasukan Proton R3 serta Lotus Cars Malaysia.

Karnival Proton ini juga dianjurkan dengan objektif memberikan peluang terbaik buat orang ramai untuk mengenali lebih dekat dengan jenama ini di samping menawarkan harga diskaun bagi setiap pembelian.

Untuk anda yang berada di utara tanah air, Proton juga bakal menganjurkan karnival seumpama ini di Juru Auto-City, Pulau Pinang pada 25 hingga 26 Januari ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *