Chevrolet anjur kempen promosi istimewa sempena CNY

By  |  0 Comments

CHEVROLET COLORADO

NAZA Quest Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi bagi jenama Chevrolet di Malaysia telah memulakan langkah tahun 2015 dengan menganjurkan kempen promosi istimewa sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Promosi CNY Chevrolet ini bermula dari 15 Jan hingga 28 Feb ini. Ia melibatkan empat model sedia ada iaitu Malibu, Orlando, Colorado dan Cruze.

Di mana setiap pembelian Malibu, Orlando dan Colorado akan diberi ang pow yang juga merupakan rebat tunai bernilai RM8,888. Bagi Cruze pula, ia ditawarkan dengan kit badan sporty berserta rim atau ang pow bernilai RM8,888.

Bukan itu sahaja, Malibu, Orlando dan Cruze turut ditawarkan dengan waranti dari pengeluar selama lima tahun atau 200,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu). Manakala Colorado pula dengan waranti pengeluar selama tiga tahun atau 100,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

CHEVROLET MALIBU

Malibu yang baru sahaja dilancarkan pada September lalu dijanakan oleh enjin 2.4 liter Ecotec DCVCP (Dual Continuous Variable Cam Phasing) yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 165hp pada 5,800rpm dan tork 225Nm pada 4,600rpm. Dengan terjahan kuasa yang agak mengagumkan ini menjadikan Malibu sebagai salah sebuah yang berkuasa di dalam kelasnya.

Manakala Orlando pula merupakan MPV tujuh-tempat duduk yang praktikal dan memiliki gaya serta keselesaan umpama sebuah SUV.

Trak pikap bersaiz sederhana yang memiliki gaya ranggi, maskulin dengan kemantapan yang tidak perlu dinafikan, Colorado, berkeupayaan memberikan prestasi dan penjimatan bahan api yang seiringan. Pada tahun lalu, Colorado telah menerima penarafan lima-bintang daripada ASEAN NCAP bagi Pelindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan tiga-bintang untuk Pelindungan Penumpang Kanak-kanak (COP).

Bagi Cruze pula, ia merupakan pilihan yang bijak bagi mereka yang mencari kenderaan yang memiliki gaya menarik dan dalam masa yang sama sesuai untuk gaya hidup masa kini. Cruze turut dilengkapi dengan elemen keselamatan termasuklah struktur badan BFI dengan 65% materialnya menggunakan besi keluli berketahanan tinggi, ABS, ESP dan banyak lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *