Nissan Grand Livina Impul 2013 serba sporty

By  |  1 Comment

ImpulGrandLivina38

Sejak diperkenalkan di pasaran tempatan pada tahun 2007, Nissan Grand Livina pantas menambat perhatian ramai khususnya bagi mereka yang berkeluarga. Ia menepati cita rasa ramai walau pun berkerangka agak kecil berbanding kebanyakan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang lain, namun tetap mampu memuatkan tujuh penumpang dalam satu masa. Atas sambutan yang menggalakkan itu telah membuatkan Livina menjadi MPV bukan nasional terlaris di Malaysia.

Pada 24 September yang lalu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah memperkenalkan Livina model dinaik taraf kedua dan terbaharu bagi memenuhi permintaan pasaran. Menurut ETCM, terdapat lebih 50 penambahbaikan baharu untuk gaya luaran dan dalaman yang diterapkan untuk versi ini. Masih mengekalkan konsep asas iaitu ‘Pemanduan seperti sedan, kemampuan umpama MPV’, Livina ini disasarkan untuk keluarga muda yang menjalani gaya hidup urban serta gemar melakukan aktiviti rekreasi.

Sebulan selepas dilancarkan, Infokereta.com berpeluang menguji sejauh mana keseronokan mengendalikan MPV ini. Diberi model Livina 1.8L versi IMPUL, penulis memilih untuk memandu santai bersama keluarga. Ternyata konsep asasnya sangat sepadan dengan olahan gaya hidup yang diterjemahkan menerusi MPV ini. Malah talaan IMPUL untuk versi ini turut menyerlahkan lagi gaya sporty, bukan sahaja daripada paras rupa, ia turut diimplemen kepada pengendaliannya. Ini kerana terdapat beberapa komponen prestasi telah dipadankan dengan versi ini.

ImpulGrandLivina44

Pernah menguji model dinaik taraf sebelum ini (keluaran tahun 2011), bagi penulis, pemanduan dan pengendalian untuk versi terbaharu juga tidak banyak perbezaan. Dengan versi IMPUL ini, ia boleh dikerah sedikit agresif jika ada kemahuan. Tetapi berhati-hati, jangan dikerah keterlaluan, terlalu mendadak atau kerap kerana pasti ia akan memberikan kesan buruk terhadap penggunaan bahan api pula.

Memanglah tidak dinafikan deruman daripada versi IMPUL ini ‘menyedapkan’ halwa telinga yang mendengarnya, maka terasa kaki seperti mahu menekan lebih pedal pendikit pula. Tetapi dalam masa yang sama, meter bahan api turut dijeling. Wow! Pantasnya ia menurunkan angka… Ini bermakna jika mengerah kuasa MPV ini secara berlebihan, mungkin anda terpaksa menyediakan bajet ekstra untuk mengisi minyaknya. Walau pun enjin berkapasiti 1.8 liter, namun secara lahiriahnya, Livina bukanlah jentera yang sesuai untuk dipacu secara agresif di luar batas normanya. Anggap sajalah ini ‘amaran’ tunggal daripada Infokereta.com untuk ingatan kita bersama.

Memadai dengan hamburan kuasa maksimum 93kW pada 5,200rpm dan tork 174Nm pada 4,800rpm, Livina 1.8L ini dipadankan bersama transmisi automatik empat kelajuan. Penukaran gear juga lancar dan meminimumkan kesan sentakan. Malah ketika ‘melayan’ selekoh yang tajam dan berliku, penulis lebih rasa penuh yakin memandu jentera ini. Ia turut dipadankan dengan sistem suspensi Impul yang meliputi penyerap hentak dan gegelung lebih rendah sebanyak 25 milimeter. Ia mampu mengurangkan rasa olengan yang tidak diperlukan demi mengoptimumkan pengendalian serta membuatkan penguasaan stereng yang lebih jitu. Namun begitu, ketika melalui jalan yang kurang rata, suspensinya terasa sedikit keras, namun ia hanya masalah kecil sahaja.

Bagi melengkapkan lagi gaya sporty pada model ini, Impul Aerokit yang membaluti kerangka luaran membuatkannya tampak lebih maskulin dan bergaya. Ia termasuklah dengan kombinasi gril krom di bahagian hadapan bersama panel horizontal, garis-garis bampar hadapan agresif dan lampu utama yang diletakkan secara mendatar, sekali gus menyerlahkan pemantul-pemantul belakang yang membuatkan model ini lebih lebar tetapi sporty. Skirting di bahagian kedua belah sisi versi ini juga turut menyerlahkan lagi gaya sporty jentera ini.

ImpulGrandLivina40

Turut disempurnakan dengan padanan rim aloi Impul Aura SX-10 bersaiz 17 inci. Menariknya, rim tersebut terhasil menggunakan proses tempaan Impul baru iaitu Impul Super Cast Process yang membolehkan penjimatan berat dicapai antara 20 hingga 30 peratus berbanding proses konvensional. Sekali gus memastikan kualiti dan aspek keselamatan yang lebih tinggi. Peredam ekzos yang terdiri daripada besi tahan karat berkualiti tinggi dengan kekemasan yang dikilatkan dan logo Impul yang ditempa pada besi belakang nyata sepadan dengan bahagian belakang yang menerima rekaan baru.

Menjenguk ruangan kabin, butang kawalan yang terdapat pada papan pemuka, disusun kemas dan mudah dikendalikan. Meter kluster baharu dengan Paparan Pelbagai-Maklumat (MID) berfungsi untuk melaporkan maklumat penting mengenai kenderaan seperti penggunaan bahan api dan jarak. Bukan itu saja, stereng tiga jejari turut dilengkapi dengan butang kawalan unit audio 2DIN dan MID.

ImpulGrandLivina24

Walau pun kelihatan agak kecil berbanding dengan kebanyakan MPV di pasaran, namun Livina tampil dengan rekaan tempat duduk dan penggunaan ruang yang bijak. Bahagian tempat duduk pada barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk mengisi lebih banyak barang. Malah tempat duduk yang dibaluti kusyen empuk memang cukup selesa, cuma ruang kaki agak kecil.

Tidak mengenepikan aspek keselamatan, lantas Nissan turut memperhebatkan lagi ciri-ciri yang diperlukan. Antaranya penambahan ciri pra-regangan dan pengehad bebanan tali pinggang keledar untuk pemandu serta penumpang. Selain itu, dua beg udara SRS, Binaan Zon Badan Nissan, Stereng Boleh Lipat, EBD, BA dan ABS juga tidak ketinggalan diimplemenkan untuk versi menaik taraf baharu ini. Malah Livina baharu ini turut memenuhi piawaian ujian pelanggaran terkini UNECE.

Dengan harga atas jalan (berserta insurans) iaitu RM100,578.91, Livina 1.8L Auto tidak dinafikan mampu memberikan kepuasan di dalam pemanduan. Ia cukup mudah dikendalikan dan seronok dipandu. Selain itu, ia turut didatangkan dengan varian 1.6L Manual dan 1.6L Auto yang ditawarkan pada harga RM87,367.63 dan RM90,372.31. Manakala pilihan warna yang ditawarkan ialah Graphite Blue, Bronze Gold, Diamond Black, Tungsten Silver dan Brilliant White. Namun untuk mendapatkan talaan dan kit badan IMPUL atau pun aksesori lain yang ditawarkan, pastinya harganya berlainan daripada yang dinyatakan. Sila kunjungi laman web rasmi www.nissan.com.my untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi :-
Enjin : 1.8 liter 4-silinder, DOHC 16-injap, 4 silinder dengan CVTC dan teknologi Drive-by-wire
Transmisi : Automatik 4-kelajuan dengan kawalan elektronik penukaran kekunci tork
Kuasa kuda : 93kW @ 5,200 rpm
Kuasa kilasan : 174 Nm @ 4,800 rpm
Kapasiti minyak : 52 liter

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq