Suzuki Swift Sport penuh adrenalin

By  |  0 Comments

suzuki-swift-sport

Selepas memperkenalkan Suzuki Swift serba baharu pada Januari 2013 lalu, enam bulan kemudiannya Suzuki Malaysia Automobile (SMA) melancarkan model Swift Sport pula. Jentera serba dinamik dan sporty ini sangat sesuai untuk pemandu yang menggemari kelajuan, gaya pemanduan yang lebih agresif serta lasak.

InfoKereta.com telah diberikan Swift Sport varian manual untuk dipandu uji. Ia dikuasakan oleh enjin 1.6 liter VVT dengan transmisi enam kelajuan (juga terdapat dalam varian CVT). Dengan kuasa maksimum mencecah 136hp pada tahap 6,900 rpm dan tujahan tork sehingga 160Nm, jentera ini mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 195 kilometer sejam (km/j). Malah mengikut spesifikasinya, Swift Sport mampu mencecah kelajuan daripada sifar sehingga 100km/j dalam masa hanya 8.7 saat.

suzuki-swift-sport

Walau pun bersifat sporty, namun tekanan pedal klac tidaklah sekeras mana. Tidak seperti kebanyakan jentera yang mempertaruhkan elemen yang sama dan mempunyai tekanan pedal klac yang sedikit keras (atau memang keras sehingga mampu membuatkan kaki berasa sakit jika terlalu kerap menekan pedal klac terutamanya jika tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas).

Deruman enjinnya seakan mencabar penguasaan pemanduan untuk memijak lebih pedal minyak jika keadaan jalan mengizinkan. Malah tidak dinafikan, jentera ini mampu memacu lancar sehingga berupaya memotong beberapa kenderaan lain yang lebih besar kapasiti enjinnya. Bukan itu sahaja, kerangkanya yang comel juga memudahkan pemandu untuk membuat pusingan U atau pun mencelah-celah di antara kenderaan lain terutamanya jika berlaku kesesakan lalu lintas. Begitu mudah mengendalikan Swift Sport ini, ia seakan akrab dengan pemandu kerana memahami apa yang dikehendaki sepanjang pemanduan.

Malah olengan badannya kurang dirasai biar pun bersaiz kecil. Ia tetap stabil ketika meluncur laju. Jika melalui permukaan jalan yang beralun, kesan hentakannya juga kurang dirasai. Pastinya dengan penggunaan sistem suspensi yang bersesuaian dengan jentera ini iaitu MacPherson Strut di bahagian hadapan serta Torsion Beam untuk belakang. Malah kedua-dua komponen ini turut menerima bantuan gegelung spring bagi memantapkan lagi sistem suspensi.

suzuki-swift-sport

Menurut Suzuki, suspensi bagi jentera ini telah dipertingkatkan bagi menambahkan kuasa responsif di dalam pemanduan untuk kestabilan jentera terutamanya ketika melalui jalan berliku dan berselekoh. Ia dapat membantu jentera ini kekal stabil dan berkeupaya mengelakkan berlakunya under steer mahu pun over steer biarpun kelajuan sedikit tinggi.

Berhubung dengan penggunaan bahan api, ternyata ia memberikan penjimatan yang efisien. Menjadi salah satu misi Suzuki untuk memberikan penjimatan bahan api pada jentera ini dengan kadar 6.5 liter untuk setiap 100 km bagi transmisi manual.

Melihat pada paras rupanya, sekali imbas memang tidak banyak perbezaan antara Swift Sport dengan model standard. Namun apa yang membezakannya apabila Swift Sport menerima padanan bampar hadapan dan gril yang lebih berimej sporty. Malah turut menampilkan lampu utama bi-xenon dengan latar belakang yang gelap serta lampu kabus yang lebih garang.

Kit badan Swift Sport juga cukup menyerlah terutamanya dengan padanan spoiler di bahagian belakang serta penampilan rim aloi bersaiz 16 inci dan dua paip ekzos memberikan karakter yang lebih agresif pada jentera ini.

suzuki-swift-sport

Tidak lengkap dengan itu, rekaan di dalam kabin juga diberi keutamaan. Walau pun juga tidak jauh berbeza dengan model standard, namun elemen sporty masih menyelinapi seantero kabinnya. Tempat duduk ala sport yang lebih membuatkan pemandu dan penumpang berasa lebih selesa, balutan material kulit pada stereng yang memberikan kuasa genggaman yang lebih mencengkam untuk menambah ‘rasa’ di dalam pemanduan, rekaan papan pemuka yang tidak sarat, pedal keluli serta menampilkan kluster meter 5-dial sporty.

suzuki-swift-sport

Bagi mempertingkatkan lagi daya keselamatan, Swift Sport dibangunkan dengan kerangka yang menggunakan platform Suzuki Total Effective Control Technology (TECH) di mana daya tolakan hentaman tidak memberi impak kepada pemandu mahu pun penumpang.

Turut disertakan dengan enam beg udara dengan program penstabilan elektronik (ESP), sistem brek anti kunci (ABS) dan sistem pengagihan brek elektronik (EBD) bagi meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan sepanjang pemanduan.

Spesifikasi :
Enjin : 1.6 liter VVT
Transmisi : Manual 6-kelajuan/CVT
Kuasa maksimum : 136hp @ 6900rpm
Tork maksimum : 160Nm @ 4400rpm
Kapasiti bahan api : 42 liter
Pilihan warna kerangka : Champion Yellow & Snow White Pearl
Harga : RM97,888 (CVT) & RM102,888 (Manual)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ pokerqq dominoqq parlay pkvgames bandarqq dominoqq parlay pkvgames bandarqq dominoqq qiuqiu parlay bandarqq pkvgames dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq bandarqq pkvgames pkv parlay bandarqq pkvgames dominoqq pokerqq pkvgames dominoqq bandarqq bandarqq pkvgames --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/bd-pkv/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://drfreezones.com/wp-content/login/bandarqq/ http://ddqinvest.projectstatus.in/wp-includes/invest/parlay/ https://quranacademy.us.com/wp-includes/material/parlay/ https://golearn.com.my/wp-includes/bd-pkv/ https://golearn.com.my/wp-includes/register/dominoqq/ https://golearn.com.my/wp-includes/tutor/parlay/