Toyota Tacoma 2016 tampil dengan enjin baharu 3.6 liter V6

By  |  0 Comments

Toyota-tacoma-2016-48

Menampakkan sisi yang lebih agresif, mantap, ranggi dan maskulin, membuatkan penampilan Toyota Tacoma 2016 ini mampu mencuri perhatian umum di NAIAS 2015.

Model pesaing bagi pikap trak Chevrolet Colorado dan GMC Canyon, Tacoma telah diberi rekaan semula secara lebih evolusi. Pada bahagian hadapannya, gril yang nampak lebih utuh dipadankan dengan lampu utama dengan pilihan lampu pencahayaan siang LED. Trak ini juga ditampilkan dengan fender yang lebih maskulin, bahagian belakang yang sedikit rendah dan pilihan rim bersaiz antara 16- hingga 18-inci.

Walau bagaimana pun rekaan di dalam kabin lebih ringkas dan menampilkan elemen seperti corong aliran udara, kekemadan metalik dan pemegang kamera GoPro. Bagi varian spesifikasi tinggi pula, ia ditampilkan dengan elemen tambahan termasuk tempat duduk balutan kulit, sistem hiburan dengan skrin sesentuh dan pengecas tanpa wayar untuk telefon pintar.

Toyota Tacoma 2016 ini ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.7 liter empat silinder dan juga enjin baharu 3.5 liter Atkinson-cycle V6 dengan teknologi D-4S. Kedua-duanya turut dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan dan bagi varian V6 turut ditawarkan dengan transmisi manual enam-kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *