Hyundai Sonata Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) tampil di NAIAS 2015

By  |  0 Comments

Hyundai-Sonata-PlugIn-Hybrid-2

Seperti mana yang dirancangkan, Hyundai menepati janji dengan menampilkan model Sonata Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) 2016 di pentas NAIAS 2015 yang sedang berlangsung.

Melihat pada bahagian luarannya, tidak banyak perubahan yang dilakukan, namun Sonata ini telah diberi gaya yang lebih aerodinamik termasuk pengubahsuaian bahagian bampar, fender yang diberi penambah baikan dan gril yang lebih bergaya. Malah unit pencahayaannya juga diberi sedikit kelainan gaya, roda yang lebih aerodinamik dan kekemasan tambahan krom.

Hyundai-Sonata-PlugIn-Hybrid-3

Begitu juga dengan rekaan dalaman yang tidak banyak berubah, melainkan kluster instrumen yang diberi penambah baikan dan indikator pada papan pemuka ditambah untuk status bateri.

Sonata Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) 2016 dipadankan dengan penjana kuasa yang sama seperti 2.0 liter GDI empat-silinder, bateri lithium-polymer 9.8 kWh dan transmisi automatik enam-kelajuan yang disambungkan dengan motor elektrik. Gabungan kuasa ini memberikan 202 hp dan ia mampu dipacu sehingga 35.4 km dengan kuasa elektrik sahaja.

Model ini hanya mengambil masa selama 2.5 jam untuk dicas semula dengan pengecas 240V Level 2 atau lima jam menggunakan pengecas standard 120V.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq