Hyundai Tucson lebih ringan -Model penambahbaikannya telah diperkenalkan dalam KLIMS13

By  |  0 Comments

IMG_8373

Sempena berlangsungkan KLIMS13, Hyundai turut mengambil kesempatan memperkenalkan model dinaik taraf bagi SUV popularnya iaitu Tucson. Walau pun tidak banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang diadaptasikan, namun sekurang-kurang ada sedikit sentuhan berbeza berbanding dengan model terdahulu.

Bagi model 2.0L, ia diberikan jantung baharu iaitu enjin NU 2.0, selain daripada mahu menambahkan terjahan kuasa, pastinya ia turut mempengaruhi penjimatan bahan api yang lebih efisien. Di mana enjin empat silinder ini lebih ringan sebanyak 30 peratus berbanding model terdahulu. Dengan kuasa maksimum 158PS pada 6,200rpm dan tork 192Nm pada 4,000rpm, model ini juga dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

IMG_8374

Mengenai rekaan luaran dan dalamannya, sekilas pandang memang tidak banyak perubahan. Melainkan model 2.0L dan 2.4L hanya diubah sedikit rekaan pada bahagian hadapan dengan menampilkan gril yang lebih besar dan lampu utama projektor baharu.

IMG_8375

Elemen lain yang turut ditambah ialah ia didatangkan dengan enam beg udara, dilengkapi plat hadapan dan belakang daripada MS Design serta sistem navigasi audio visual (AVN) yang turut berfungsi untuk GPS, sistem hiburan, sambungan Bluetooth dan kamera undur. Manakala bagi varian 2.4 Executive Plus, ia turut dipadankan dengan sepasang lampu belakang LED.

Kedua-dua model juga telah menerima pengiktirafan lima bintang daripada Euro NCAP. Boleh didapati dengan warna Hyper Metallic, Phantom Black, Pure White, Remington Red, Sleek Silver dan Titanium Grey serta ditambahkan dua warna baharu iaitu Atomic Orange dan Cobalt Coast.

Dengan harga atas jalan berserta insurans dan cukai jalan (untuk Semenanjung Malaysia sahaja) iaitu RM132,888 (Nu 2.0 Elegance), RM145,888 (Nu 2.0 Executive Plus) dan RM158,888 (Theta II 2.4 MPI Executive Plus), Hyundai turut menawarkan lima tahun atau 300,000 km jaminan standard untuk setiap unit pembelian.

IMG_8377

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq