Isuzu D-Max X-Series suntikan lebih rugged

By  |  0 Comments

Isuzu D-Max X-Series

Apabila trak pikap buatan Isuzu ini dipamerkan di KLIMS’13, ia mengundang tarikan ramai. Tampil lebih rugged dengan bancuhan imej lasak dan urban membuatkan Isuzu D-Max X-Series ini ternyata memiliki identiti tersendiri. Umum mengetahui bahawa trak pikap ini terkenal dengan kemampuannya di dalam pengendalian pemanduan yang agresif dan lasak terutamanya ketika meredahi laluan off-road. Lantas membuatkan Isuzu semakin agresif menghasilkan versi yang lebih memenuhi standard dan keperluan semasa di dalam pembuatan trak pikapnya.

Dengan rekaan kerangka yang lebih kukuh, pakej aerodinamik, sedikit penampilan segar untuk rekaan luaran dan dalaman, Isuzu D-Max X-Series ini pasti menjadi dambaan ramai khususnya penggemar jentera sebegini. Trak edisi terhad ini didatangkan dalam 300 unit sahaja. Tiada sebarang perubahan mekanikal, malah spesifikasinya sama dengan model 2.5L 4×4 Double Cab. Tetapi diberi suntikan kosmetik bagi menyerlahkan lagi imej gagahnya.

IMG_8307

Antara elemen luaran yang ditampilkan ialah skirt di bahagian hadapan dan tepi, tempat pemijak di bahagian sisi, spoiler pada bahagian kargo bersama bed liner dan juga gril edisi X-Series. Turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17 inci yang membaluti tayar 255/65.

Pada bahagian kabin pula, kerusi dua tona hitam dan merah dengan balutan kulit yang diimport khas dari Itali dan logo X-Series turut dipamerkan pada bahagian kerusi hadapan. Karpet eksklusif X-Series turut disertakan. Untuk sistem hiburan pula, varian ini juga dipadankan dengan skrin sentuh 6.2 inci yang turut berfungsi untuk navigasi GPS dan kamera undur.

Isuzu-D-Max-X-Series-KLIMS-9

Ia dijanakan oleh enjin 2.5 liter empat silinder sebaris VGS Turbo Intercooler Diesel DOHC 16 injap. Ia mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 100kW pada 3,600rpm dan tujahan tork puncak 320Nm pada 1,800 hingga 2,800rpm. Dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan dengan Sequential Shift.

Hanya terdapat dengan dua pilihan warna iaitu Magnum White Solid dan Stallion Black Metallic, D-Max X-Seris ini ditawarkan pada harga atas jalan RM108,690 (berserta insurans).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *