Toyota Hilux TRD Sportivo 2015 tonjol sisi agresif & maskulin

By  |  0 Comments

2015_Toyota_Hilux_TRD_Sportivo_ 001

Toyota Hilux 2015 diumumkan telah pun mula menerima tempahan beberapa hari yang lalu. Malah Toyota turut tidak lupa untuk menawarkan versi TRD Sportivo bagi barisan Hilux 2015 ini. Malah ia turut ditawarkan bersama dua varian iaitu double cab 2.5G dan 3.0G.

Masih mengekalkan enjin 2.5 liter 2KD-FTV empat-silinder turbodiesel yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 144 hp pada 3,400 rpm dan tork setinggi 343 Nm pada 1,600 hingga 2,800 rpm.

Manakala varian 3.0G pula dipadankan dengan enjin 3.0 liter 1KD-FTV yang berkeupayaan menghamburkan kuasa sehingga 163 hp pada 3,400 rpm dan tork 343 Nm antara 1,400 hingga 3,200 rpm. Kedua-dua varian ini dipadankan dengan transmisi auto empat-kelajuan.

Walau tidak melakukan sebarang perubahan daripada sudut mekanikal, namun elemen baharu yang diterapkan pada versi 2015 ini ternyata lebih agresif.

Kehadiran kit badan, pelekat dan lampu pencahayaan siang LED baharu membuatkan Toyota Hilux TRD Sportivo lebih berketrampilan. Varian 2.5G TRD Sportivo dipadankan dengan rim aloi warna hitam bersaiz 15-inci, manakala 3.0G pula turut ‘kacak’ dengan rim aloi juga hitam berwarna 17-inci.

Bukan itu saja, warna hitam pada kerangka dengan kontras merah sangat berpadanan membuatkan Toyota Hilux TRD Sportivo ini nampak maskulin dan macho. Pelekat tambahan berwarna merah pada bahagian sisi hingga ke belakang turut menyerlahkan gaya trak pikap ini. Elemen pilihan tambahan iaitu TRD sports bar untuk bahagian belakang bernilai RM3,990 membuatkan Toyota Hilux TRD Sportivo lebih menyerlah berbanding dengan varian lain.

Tidak dilupakan perubahan pada bahagian kabin, tempat duduk balutan kulit berwarna hitam telah ditampilkan dengan jahitan kontras merah juga menyerlah. Begitu juga dengan cetakan padu gentian karbon pada panel instrumen dan panel perehat tangan pada bahagian pintu dan juga karpet TRD.

2015_Toyota_Hilux_TRD_Sportivo_ 024

Selain itu, sistem hiburan DVD-AVX dengan skrin sesentuh bersaiz 6.1-inci turut ditawarkan sebagai elemen pilihan tambahan. Ia turut berfungsi sebagai pemain DVD, MP3, USB, kad SD dan sambungan Bluetooth serta kamera undur. Manakala sistem DVD-AVN pula menampilkan skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci, navigasi, Bluetooth dan pengesan suara.

Bagi Toyota Hilux TRD Sportivo , ia menampilkan pilihan warna Attitude Black dan Grey Metallic. Harga atas jalan yang ditawarkan (tanpa insurans) ialah RM101,746.70 bagi varian 2.5G (RM102,406.70 untuk warna metalik). Manakala varian 3.0G pula bermula RM109.819.50. Setiap pembelian model Hilux ini juga didatangkan dengan waranti tiga tahun/100,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *