Toyota Hilux 2015 tampil dengan imej yang lebih segar

By  |  0 Comments

v1 Hilux TRD Sportivo

Selain mengumumkan kehadiran Toyota Vios 2015 yang sudah mula menerima tempahan, UMW Toyota Motor turut mengesahkan Hilux 2015 telah pun berada di pasaran Malaysia.

Hilux 2015 ini hadir dengan penampilan yang lebih segar dan pertambahan beberapa elemen baharu dan dipertingkatkan, antaranya penampilan lampu pencahayaan siang baharu dan tempat duduk balutan kulit yang dipertingkatkan untuk varian 2.5G AT.

Bagi varian G untuk model Hilux 3.0G dan 2.5G, antara elemen baharu yang ditampilkan ialah kekemasan kelabu gelap pada rim aloi, fitment pada lampu pencahayaan siang, kekemasan dalaman yang lebih diperhalusi dan juga tempat duduk balutan kulit kombinasi upholstery buat 3.0G dan 2.5G AT serta fabrik rekaan baharu untuk 2.5G MT. Imej bagi Hilux 2015 juga boleh dikenali menerusi jaluran baharu pada sisi kerangka trak pikap ini.

Toyota juga menawarkan aksesori tambahan untuk varian 3.0G, 2.5G dan TRD iaitu sistem DVD-AVN termasuk kamera undur. Sistem ini juga boleh disambungkan dengan telefon bimbit pintar (Android dan iOS) melalui sambungan Bluetooth dan WiFi. Ia juga memiliki fungsi MirrorLink dan Miracast yang membolehkan pengguna menyambungkan sistem ini dengan telefon bimbit pintar mereka.

TOYOTA_HILUX_01

Selain itu, ia turut menawarkan fungsi Pengesanan Suara untuk sistem audio dan navigasi serta kesemua informasi tersebut akan dipaparkan menerusi skrin sesentuh bersaiz 7-inci.

Pilihan kedua yang ditawarkan ialah sistem DVD-AVX dengan kamera undur. Ia merangkumi skrin sesentuh bersaiz 6.1 inci, pemain DVD, MP3, USB dan slot kad SD, juga fungsi bebas tangan Bluetooth.

Dalam masa yang sama, UMW Toyota Motor turut memperkenalkan varian TRD Sportivo buat barisan Hilux 2015 ini. Ia menawarkan dua model iaitu 3.0G TRD Sportivo (AT) dan 2.5G TRD Sportivo (AT), yang kedua-duanya tampil dengan kit badan TRD yang lebih sporty dan berbeza berbanding dengan varian lain.

TOYOTA_HILUX_03

Selain kit badan yang eksklusif itu, pakej TRD SPortivo ini juga didatangkan dengan lampu pencahayaan siang pada spoiler bampar hadapan, rim aloi berwarna hitam, kombinasi kulit upholstery TRD, cetakan padu gentian karbon pada panel instrumen dan panel perehat tangan pada bahagian pintu dan juga karpet TRD. Bagi yang berminat juga boleh mendapatkan elemen tambahan iaitu TRD sports bar yang boleh dipasang pada bahagian kargo.

Pembelian Hilux 2015 ini turut didatangkan dengan waranti selama 3 tahun atau 100,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu. Senarai harga bagi setiap variannya adalah seperti berikut :

HARGA_TOYOTA_HILUX2015

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *