Honda S660 bakal dipasarkan tahun ini?

By  |  0 Comments

honda-s660-specs-leaked-4

Walau pun foto hasil scan dari lampiran risalah telah mula bocor dan tersebar meluas di Internet, namun masih menjadi tanda tanya adakah Honda S660 ini bakal diproduksi dan dipasarkan pada tahun ini?

Dibina daripada model konsep S660 yang diperkenalkan di Tokyo Motor Show 2013, spesifikasi teknikal bagi model produksinya tertera saiznya iaitu 3,395 mm panjang, 1,475 mm lebar dan 1,180 mm tinggi.

Malah enjin tiga-silinder yang bakal ditampilkan juga dikatakan mampu memberikan kuasa sehingga 64 hp dan tork 104 Nm. Ia juga bakal dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan atau pun transmisi CVT.

Dijangka hanya seberat kurang daripada 100kg, S660 ini mungkin boleh dipacu dengan kelajuan maksimum sehingga 140 km/j.

Model konsep Honda S660 2013

Model konsep Honda S660 2013

Kalau dilihat model konsepnya, ia memiliki gril yang sedikit runcing di hadapan, bampar hadapan yang lebih tebal, lampu utama melebar ke belakang dengan saluran udara kecil diposisikan sedikit rendah. Malah cermin hadapannya juga agak landai dan bumbungnya juga boleh dibuka. Manakala lampu belakangnya pula berbentuk segi tiga dan bampar belakangnya juga lebih sporty.

Pada bahagian kabinnya, Honda memilih imej yang lebih terkini, berbeza dengan model konsepnya. Kelihatan barisan instrumen digital dan sistem hiburan mirip seperti iPhone. Ia juga menampilkan kekemasan metalik dan juga roda stereng tiga-jejari.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *