Tan Chong Motor Holdings sumbang RM30k kepada PBSM untuk mangsa banjir

By  |  0 Comments

01 TCMH presents the contribution to MRCS

Edaran Tan Chong Motor (ETCM), melalui syarikat induknya, Tan Chong Motor Holdings Berhad, telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) bagi menyalurkan bantuan kepada para mangsa banjir di seluruh negara.

Penyerahan sumbangan ini dilaksanakan oleh Tan Keng Meng, Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM bagi mewakili Tan Chong kepada YM Tunku Tan Sri Shahriman Tunku Sulaiman, Pengerusi Nasional PBSM pada 30 Dis lalu.

“Ini merupakan tanggungjawab sosial daripada pihak kami dan bantuan sebegini sangat diperlukan bagi membantu mereka yang terbabit dengan bencana ini. Kami berharap bantuan ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir ini,”kata Tan.

Selain bantuan berupa wang ringit, ETCM juga telah melancarkan Kempen Bantuan Nisan, untuk semua pemilik kenderaan Nisaan yang terjejas akibat banjir di seluruh negara, termasuk di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah

Kempen Bantuan Nissan ini menawarkan 25% diskaun untuk alat ganti tulen, 25% diskaun untuk kos buruh, khidmat penundaan kenderaan sehingga RM150 dan waranti selama tiga bulan atau 5,000 km bagi alat ganti tulen Nissan kepada semua kenderaan Nissan yang rosak akibat banjir.

Kempen ini bermula pada 27 Dis lalu dan bakal berlangsung sehingga 28 Feb 2015. Pemilik kenderaan Nissan yang terjejas dengan bencana banjir ini diminta menghantar kenderaan masing-masing ke pusat servis Nissan yang berhampiran.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *