UMW Toyota Motor tawar Pakej Bantuan Banjir Toyota & Lexus – 25% diskaun untuk bil keseluruhan

By  |  0 Comments

TOYOTA

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa pakej bantuan kepada pemilik kenderaan Toyota dan Lexus yang menjadi mangsa banjir di seluruh dunia akan ditawarkan. Pakej bantuan ini meliputi servis khas dan pembaikian bagi semua pelanggan Toyota dan Lexus yang terlibat dengan bencana tersebut.

Pakej bantuan ini meliputi 25% diskaun untuk jumlah keseluruhan bil termasuk kos alat ganti dan kos buruh, servis percuma perkhidmatan penundaan, penilaian kerosakan, anggaran kos bagi membaiki kenderaan yang terlibat, perkhidmatan percuma membasuh bahagian enjin dan luaran kenderaan.

Bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh para pelanggan, skim bayaran ansuran turut ditawarkan untuk pemegang kad kredit terpilih.

“Ini merupakan komitmen kami kepada para pelanggan dan diharap dengan tawaran ini dapat meringankan beban pemilik kenderaan Toyota dan Lexus yang menjadi mangsa banjir ini,”ujar Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi perkhidmatan pelanggan UMW Toyota Motor di talian 1-800-8-869682 (1-800-8-TOYOTA) atau 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *