Polis Johor buru pesalah trafik warga asing – Hampir RM100k pembayaran saman diterima

By  |  0 Comments

Linkedua-Expressway

Polis Johor telah melaksanakan Ops Saman Tertunggak Warga Asing yang bermula pada Sabtu lalu. Dalam tempoh 24 jam pelaksanaan operasi ini, sebanyak RM99,450 pembayaran saman daripada pesalah trafik warga asing telah dikutip, laporan Utusan Malaysia.

Ops Saman Tertunggak Warga Asing ini diadakan di tiga lokasi terpilih yang menjadi pintu masuk ke negara ini iaitu di Kilometer 2, Jalan Tebrau, kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pandan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) dan Lebuhraya Link Kedua, Gelang Patah.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kutipan berkenaan diperoleh menerusi bayaran tunai iaitu sebanyak RM64,269 dan kad kredit sebanyak RM35,190. Di mana sebanyak 555 saman tertunggak warga asing berjaya diselesaikan dalam tempoh operasi berkenaan.

Berdasarkan statistik, pemandu rakyat Singapura mencatatkan jumlah saman tertunggak paling tinggi iaitu sebanyak 313,661 saman atau 37.4 peratus daripada jumlah keseluruhan 838,510 saman melibatkan warganegara asing yang direkodkan sejak 2000 sehingga 2013.

Sumber foto : http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Linkedua-Expressway.JPG

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq