ETCM tawar bantuan untuk pemilik kenderaan Nissan yang terjejas akibat banjir

By  |  0 Comments

L33_Nissan_Teana_2014_009

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) telah mula menganjurkan Kempen Bantuan Nissan untuk semua pemilik kenderaan Nisaan yang terjejas akibat banjir di seluruh negara, termasuk di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah

Kempen Bantuan Nissan ini menawarkan 25% diskaun untuk alat ganti tulen, 25% diskaun untuk kos buruh, khidmat penundaan kenderaan sehingga RM150 dan waranti selama tiga bulan atau 5,000 km bagi alat ganti tulen Nissan kepada semua kenderaan Nissan yang rosak akibat banjir.

“Memandangkan banjir yang melanda kebanyakan negeri di Malaysia tatkala ini dianggap getir, secara tidak langsung mendorong kami untuk membantu mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan bencana alam ini. Ia juga merupakan tanggungjawab kami di dalam membantu mereka yang memerlukannya terutamanya dalam keadaan sekarang,”ujar Tan Keng Meng, Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM.

Kempen ini berkuatkuasa sekarang sehingga 28 Februari ini. Pemilik kenderaan Nissan yang terjejas dengan bencana banjir ini diminta menghantar kenderaan masing-masing ke pusat servis Nissan yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi khidmat pelanggan Nissan (24 jam) di talian 1800-88-3838.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *