Ford Kuga Edisi Istimewa lebih bergaya – Harga RM168,888

By  |  0 Comments

Ford Kuga SE (5)

Ford Malaysia telah mengumumkan kehadiran model Kuga Edisi Istimewa dan kini telah pun berada di bilik pameran Ford seluruh negara. Model SUV crossover ini hanya ditawarkan dalam tempoh terhad dan pada harga atas jalan RM168,888 seunit termasuk insurans.

Ford Kuga Edisi Istimewa ini didatangkan dengan pelbagai ciri tambahan yang nyata tiada tandingannya dalam segmen SUV termasuklah bumbung panoramik, rim aloi bersaiz 19-inci, tempat duduk balutan kulit, Kawalan kelajuan Adaptif, lampu ambien dengan LED pelbagai warna, Sistem Parkir Automatik, Collision Mitigation by Braking dan sistem Bantuan Parkir Aktif.

Ford Kuga SE (4)

Didatangkan dengan warna tersendiri iaitu Ginger Ale, Kuga sememangnya satu pilihan ideal buat pemandu urban yang mahukan prestasi dan teknologi. Ford Kuga Edisi Istimewa ini turut menawarkan penjimatan bahan api luar biasa kerana ia menggunakan enjin 1.6L EcoBoost yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 180 PS dand tork 240 Nm.

Tidak menerima sebarang perubahan mekanikal, Ford Kuga Edisi Istimewa ini masih menggunakan enjin 1.6 liter pengecas turbo yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 180 PS pada 5,700 rpm dan tork setinggi 240 Nm pada 1,600 hingga 5,000 rpm. Manakala kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 200 km/j.

Dibina dengan tahap keselamatan yang mengagumkan, Kuga telah menerima penarafan lima bintang oleh pihak Euro NCAP selepas memperoleh skor perlindungan keseluruhan sebanyak 88 peratus, markah tertinggi setakat ini untuk sebuah SUV kompak.

????????????????

Demi memberi ketenangan minda kepada para pelanggannya, Ford Kuga Edisi Khas hadir bersama Pelan Servis Lanjutan (ESP). ESP Ford adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma.

Sebagai tambahan kepada pemeriksaan rutin dan servis penyelenggaraan, ESP Ford turut melibatkan penggantian percuma untuk sejumlah barangan terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan bilah penggilap cermin.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *