Volkswagen lancar Kempen Sokong Aspek Keselamatan Kanak-kanak di Malaysia

By  |  0 Comments

photo_2014-12-10_14-41-26

Sempena VOLKSWAGEN. Das. Event, Volkswagen Group Malaysia (VGM) turut melancarkan satu kempen tanggungjawab sosial yang menyokong aspek keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan dan di atas jalan raya.

VGM mengumumkan kerjasama dengan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) untuk menganjurkan satu kempen berkaitan Keselamatan Kanak-kanak di seluruh negara. Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memastikan keselamatan kanak-kanak di atas jalan raya.

“Sebagai pengeluar kenderaan yang bertanggungjawab, kami percaya bahawa adalah amat penting untuk mendidik orang ramai mengenai betapa seriusnya masalah ini, serta membantu mereka mengambil langkah-langkah sewajarnya demi memastikan keselamatan anak masing-masing,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

Bagi memastikan jangkauan yang luas dan menggiatkan sokongannya terhadap aspek keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan kepada rakyat Malaysia, VGM turut bekerjasama dengan salah satu NGO penjagaan kanak-kanak terbesar untuk melaksanakan satu modul latihan ‘keselamatan kanak-kanak’ di 280 buah pusat jagaan di seluruh negara.

photo_2014-12-10_14-41-54

Melalui kempen ini, para jurulatih Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (CPS) daripada rangkaian PPBM akan melatih pengendali pusat jagaan kanak-kanak untuk mendidik sekurang-kurangnya 28,000 ibu bapa mengenai pentingnya penggunaan tempat duduk kanak-kanak yang betul dalam mengelak kecederaan serta kehilangan nyawa.

Selain pengenalan modul latihan CPS, Volkswagen Malaysia juga akan menyumbang 200 tempat duduk keselamatan kanak-kanak Volkswagen kepada PPBM untuk terus menyokong usaha ini, dengan mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai isu berkenaan.

Menurut Laporan Tahunan Keselamatan Jalan Raya 2013 yang dikeluarkan oleh Data Keselamatan Trafik Antarabangsa dan Kumpulan Analisis (IRTAD), Malaysia adalah antara negara yang mempunyai jalan raya paling berbahaya di di dunia apabila merekodkan kemalangan dengan 23.8 orang maut dalam populasi seramai 100,000 orang. Kanak-kanak tidak terkecuali dalam situasi ini dan mereka dianggap sebagai penumpang yang cukup terdedah jika berlakunya kemalangan jalan raya.

Tempat duduk kanak-kanak merupakan cara yang efektif dan terbukti dalam meminimumkan kecederaan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia di antara 1 dan 4 tahun, hinggalah yang berumur 8 tahun. Ia mampu menyelamatkan kanak-kanak dan mengurangkan impak kemalangan. Sekali gus melindungi bahagian leher dan tulang belakang kanak-kanak, jika berlakunya kemalangan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq