PLUS laksanakan 6 inisiatif bagi meningkatkan keselamatan Lebuhraya Utara-Selatan

By  |  0 Comments

PLUS HIGHWAY

Menurut laporan Bernama sebentar tadi, Plus Expressways Sdn Bhd (Plus) akan melaksanakan enam inisiatif bagi meningkatkan aspek keselamatan di Lebuhraya Utara-Selatan, hasil perbincangan kerajaan negeri dengan syarikat berkenaan pada 12 Nov lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata Plus akan melaksanakan penambahbaikan di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan.

Selain itu, katanya, Lebuhraya Utara Selatan di kedua-dua arah bermula dari persimpangan bertingkat Tanjung Malim sehingga persimpangan bertingkat Slim River akan dinaik taraf daripada dua lorong kepada tiga lorong sehala.

Syarikat itu juga akan menyiapkan pembinaan lorong ketiga di laluan menghala ke utara antara persimpangan bertingkat Slim River di laluan 371.8 km sehingga 367.24 km sepanjang 4.6 km, katanya menjawab soalan Datuk Mohamad Mohd Yusoff (BN-Selama) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata papan tanda amaran dan peralatan bantuan penglihatan akan turut dipasang di kawasan yang kerap serta berisiko berlaku kemalangan jalan raya, misalnya selepas kawasan terowong menora Kuala Kangsar.

Zainol Fadzi berkata Plus juga akan membina hentian kecemasan di lokasi strategik bertujuan menempatkan kenderaan berat yang mengalami kerosakan berikutan kelebaran jalan yang terhad.

“Sistem pengawasan trafik juga akan dinaik taraf dengan memasang CCTV (kamera litar tertutup) di lokasi tertentu dan papan tanda elektronik untuk menyalurkan maklumat kepada pengguna,” katanya.

Selain itu, beliau berkata perbincangan itu juga membabitkan pemasangan 500 lampu jalan di sepanjang lebuh raya, termasuk di laluan yang kerap berlaku kemalangan, khususnya selepas terowong Menora.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *