Lexus Melaka baru dilancarkan – Pusat pameran Lexus ke-8 di Malaysia

By  |  0 Comments

Lexus Melaka

Lexus Malaysia menambah kecemerlangannya di Malaysia termasuk baru sahaja membuka cawangan pusat pamerannya yang ke-lapan. Lexus Melaka, cawangan terbaharu bagi pusat jualan dan servis merupakan cawangan ketiga yang dilancarkan pada tahun ini. Ia terletak di 2A, Jalan Autocity 6, Persiaran Autocity, Ayer Keroh, Melaka.

Perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi UMW Toyota Motor Tan Sri Asmat Kamaludin, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Datuk Takashi Hibi dan Datuk Ismet Suki selaku Presiden UMW Toyota Motor. Hadir sama ialah orang kuat Hiewa Auto Gallery Sdn Bhd iaitu pengendali operasi Lexus Melaka, Wong Ngee Fat selaku Pengarah Urusannya dan Pengarah syarikat tersebut iaitu Yong Siew Fong.

Tan Sri Asmat Kamaludin signing the plaque to mark the official opening of  Lexus Melaka

“Pembukaan Lexus Melaka ini bagi memberikan pengalaman dan kemudahan terbaik buat para pelanggan kami di dalam perkhidmatan yang diperlukan,”ujar Datuk Ismet Suki

Hiewa Auto Gallery Sdn Bhd, merupakan wakil pengedar dan pengendali Lexus Melaka ini telah bekerjasama dengan UMW Toyota Motor sejak tahun 2005, dengan membuka bilik pameran Toyota di Tebrau. Enam tahun kemudian, Hiewa Auto Gallery Sdn Bhd memperkukuhkan lagi kerjasama tersebut dengan mengembangkan cawangan tersebut sebagaiu pusat servis 3S serta membuka lagi sebuah cawangan bilik pameran Toyota di Kota Tinggi.

Dengan keluasan 87,119 kaki persegi, bangunan dua tingkat yang menempatkan Lexus Melaka ini turut menyediakan beberapa kemudahan penting untuk para pelanggan termasuklah ruang menunggu, dan kafe.

Antara model Lexus yang turut dipamerkan di pusat pameran ini ialah Lexus LS, GS, ES, RX SUV, IS dan termasuklah model baharu Lexus RC. Malah para pelanggan juga sudah boleh menempah model Lexus NX yang bakal dilancarkan pada Januari ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *