Mercedes-Benz SL63 AMG World Championship 2014 hasil kejayaan Rosberg & Hamilton

By  |  0 Comments

Mercedes-Benz SL63 AMG World Championship 2014_4

Hasil kejayaan yang dicipta oleh dua pelumba Formula One (F1) terkemuka dunia, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton pada tahun ini, Mercedes-Benz telah memperkenalkan model SL63 AMG World Championship 2014 edisi terhad, khas untuk para pencintanya yang ingin menambahkan koleksi model sedia ada.

Dengan hanya menawarkan sebanyak 19 unit sahaja, kedua-dua pelumba tersohor berkenaan turut mengambil bahagian di dalam pembangunan model ini. Di mana Hamilton telah mencurahkan idea bagi model berwarna hitam dengan kekemasan perak yang nampak begitu eksklusif, termasuklah rekaan papan pemukanya.

Manakala Rosberg pula memberikan idea bagi bentangan rekaan Hockenheim dengan penampilan logo istimewa, rantai kunci khas dan karpet lantai yang ternyata tampil penuh kemewahan ketara.

Model SL63 AMG World Championship 2014 edisi terhad ini dipadankan oleh enjin 5.5 liter V8 twin-turbocharged yang mampu memberikan kuasa sehingga 529 hp dan tork setinggi 590 lb-ft. Malah jentera ini juga berkeupayaan dipacu daripada 0-100 km/j dalam hanya 4.1 saat, manakala kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 299 km/j.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *