ETCM umum Kempen Servis Pengesan Tekanan Bahan Api

By  |  0 Comments

NISSAN SERENA

Ekoran pengumuman yang dibuat oleh Nissan Motor Co. Ltd (Nissan) berhubung dengan panggilan semula (recalled) yang melibatkan model Serena (termasuk S-Hybrid), X-Trail dan Juke di Jepun, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengesahkan Serena S-Hybrid (unit CBU) yang dipasarkan di negara ini sejak pertengahan tahun lalu turut terlibat. Di mana pengesan tekanan bahan api bagi model terbabit didapati longgar dan berisiko berlakunya kebocoran.

Sehubungan itu, ETCM secara serta-merta melancarkan Kempen Servis Pengesan Tekanan Bahan Api bagi model Serena S-Hybrid yang diimport dari Jepun buatan tahun 2013.

ETCM menerusi Tan Chong Express Auto Service Centre (TCEAS) akan menghubungi semua pemilik model terbabit, untuk menghantar kenderaan masing-masing bagi mengambil tindakan yang diperlukan iaitu mengetatkan semula pengesan tekanan bahan api tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Walau bagaimana pun, tiada sebarang penukaran alat ganti akan dilakukan dan semua kos servis tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Nissan sendiri.

Dan buat setakat ini, pihak ETCM juga telah mengesahkan tiada sebarang kemalangan atau pun insiden dilaporkan berlaku yang berpunca daripada masalah ini.

Bagi mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai perkara ini, para pelanggan yang terbabit bolehlah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *