Jeep Wrangler muncul dengan tiga varian – Harga antara RM289k hingga RM339k

By  |  0 Comments

WranglerRubicon_Ext_02

Jeep Malaysia juga tidak ketinggalan melancarkan model SUV tahan lasak yang dianggap ‘otai’ dalam kelasnya, Jeep Wrangler. Diperkenalkan dengan tiga varian iaitu Unlimited Sport, Unlimited Sahara dan Rubicon, imej yang digayakan sudah tentulah penuh ranggi, dengan beberapa ciri yang diberi rekaan semula termasuk bahagian bonet dan pintu, termasuk bahagian bampar dan gerbang roda.

Varian Unlimited memiliki ukuran jarak roda 2,947 mm, ia didatangkan dengan Command-Trac 4WD, gandar belakang Dana 44, gandar hadapan Dana dan 3.21 nisbah gandar.

WranglerUnlimitedSport_Ext_10

Apa yang membezakan setiap varian ialah Unlimited Sport merupakan model spesifikasi paling rendah, hadir dengan rim keluli bersaiz 16-inci dan tayar 245/75, bumbung yang ditanggal dan dipanggil Freedom Top, radio Uconnect 130 dengan pemain CD, MP3 dan enam pembesar suara (termasuk subwoofer pada bahagian but) serta tempat duduk uphosltery fabrik.

Bagi varian Unlimited Sahara pula ditampilkan dengan rim Sparkle Silver bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar 255/70, Freedom Top, skrin sesentuh Uconnect bersaiz 6.5 inci dengan pemain DVD, sistem bunyi Alphine Premium dan sembilan pembesar suara serta tempat duduk upholstery kulit dengan sulaman perkataan ‘Sahara’.

Manakala varian Rubicon pula merupakan spesifikasi tertinggi yang menawarkan tiga-pintu, sistem Rock-Trac 4WD, gandar hadapan dan belakang Dana 44, sistem suspensi yang lebih keras dan nisbah gandar 4.1. Ia turut dilengkapi dengan rim aluminium bersaiz 17 inci dengan dibaluti tayar 245/75, skrin sesentuh Sahara, sistem bunyi Alphine Premium dengan sembilan pembesar suara dan tempat duduk upholstery kulit dengan sulaman ‘Rubicon’.

Kesemua varian Wrangler ini dijanakan oleh enjin 3.6 liter Pentastar VVT V6 yang mampu memberikan kuasa sehingga 284 hp pada 6,350 rpm dan tork tertinggi 347 Nm pada 4,300 rpm. Ia dipacukan oleh sistem semua-roda dan dipadankan bersama transmisi automatik lima-kelajuan.

WranglerUnlimitedSahara_Ext_02

Malah ketiga-tiga varian juga didatangkan dengan roda stereng balutan kulit, zon tunggal penghawa dingin kawalan automatik, ESC, Hill Start Assist dan Electronic Roll Mitigation. Varian Unlimited Sport didatangkan dengan dua beg udara, manakala bagi Unlimited Sahara dan Rubicon pula masing-masing menerima empat beg udara.

Diimport sepenuhnya dari US, Unlimited Sport berharga RM288,889, RM328,889 untuk Unlimited Safari dan Rubicon pula RM338,889. Kesemua adalah harga atas jalan tanpa insurans dan dilengkapi dengan waranti lima tahun/150,000 km.

Layari CarBase.my untuk spesifikasi penuh.

Wrangler Rubicon

Wrangler Unlimited Sport

Wrangler Unlimited Sahara

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq