Honda buka pusat 4S pertama di Pantai Timur

By  |  0 Comments

honda-macinda-body-paint-6

Pengedar Honda di Pahang, Macinda Auto Sdn Bhd, kini telah pun dinaik taraf sebagai Pusat 4S Honda apabila turut menawarkan perkhidmatan terbaharu mereka iaitu mengecat kenderaan. Secara tidak langsung menjadikan ia sebagai Pusat 4S Honda pertama yang terletak di Pantai Timur.

Selain terlibat sebagai pengedar utama Honda di negeri tersebut, Macinda Auto turut menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan, jualan alat ganti dan mengecat kenderaan. Sehingga kini, Honda Malaysia sudah pun mempunyai 10 pusat 4S di seluruh Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, “Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap jenama Honda di bahagian Pantai Timur khususnya di Pahang, ia secara tidak langsung menguatkan semangat kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cpenawaran produk berkualiti tinggi untuk para pelanggan.”

Macinda Auto Body and Paint Centre ini terletak di atas sebidang tanah berkeluasan 6,000 kaki persegi dan bersebelahan dengan pusat servis serta bilik pameran. Dengan kos keseluruhan berjumlah RM9 juta untuk membina fasiliti ini, di mana RM1.5 juta daripadanya melibatkan penyediaan kemudahan komputer dan Wi-Fi, ruang menunggu untuk pelanggan dan ruang permainan kanak-kanak.

Pusat mengecat ini akan menyediakan perkhidmatan buat pelanggan Honda di sekitar Pantai Timur. Malah dengan penaiktaraf pusat ini, Macinda Auto Sdn Bhd mahu memberikan pengalaman yang lebih bermakna buat para pelanggan terutamanya yang melibatkan perkhidmatan selepas jualan.

Dengan mengaplikasikan teknologi mesra alam, pusat mengecat ini juga turut menggunakan teknologi Waterborne Paint di mana ia mampu mengurangkan pencemaran bau dan toksik terhadap alam sekitar.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq pkv games pkvgames qiuqiu pkv pkv games pokerqq dominoqq bandarqq bandarqq dominoqq mixparlay pkvgames slotgacor parlay pokerqq
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq