Toyota Corolla Altis serba baharu bermula pada harga RM114k

By  |  0 Comments

Corolla Altis 2.0V

Walau pun masih belum dilancarkan secara rasmi, namun harga bagi Toyota Corolla Altis serba baharu telah pun didedahkan oleh UMW Toyota Motor. Harga yang diumumkan ini efektif bermula 2 Januari 2014.

Toyota Corolla Altis serba baharu ini hadir dengan tiga varian iaitu 1.8 E, 2.0 G dan 2.0 V. Di mana varian 1.8 E berharga RM114,000, manakala 2.0 G pula hanya RM123,000 dan varian tertingginya 2.0 V ialah RM136,000. Ia merupakan harga atas jalan berserta insurans untuk Semenanjung Malaysia (sila rujuk carta di bawah untuk harga bagi syarikat dan untuk pasaran Sabah & Sarawak).

Altis price

Menariknya, untuk varian 2.0 V turut ditawarkan ‘Pakej Keselamatan Tambahan’ dengan harga keseluruhan RM139,900. Ia menampilkan tambahan beg udara berjumlah tujuh (untuk bahagian hadapan, tepi, sisi dan di bahagian lutut pemandu), indikator amaran bagi isyarat pemasangan tali pinggang keselamatan penumpang, VSC standard bagi 2.0 V dan ISOFIX.

Infokereta.com pernah memaparkan artikel mengenai Toyota Corolla Altis serba baharu pada 13 Disember yang lalu.Sila KLIK untuk rujukan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *