Kenaikan tol bagi 20 lebuh raya ditangguh

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Bernama melaporkan, kerajaan dijangka membayar sebanyak RM558.69 juta dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi berikutan rancangan tidak menaikkan kadar tol 20 lebuh raya tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata 17 daripada lebuh raya berkenaan akan menerima pampasan tahun depan manakala selebihnya pada 2016.

“Peruntukan yang diluluskan kepada Kementerian Kerja Raya bagi bayaran pampasan adalah RM458 juta, manakala peruntukan tambahan bagi pampasan tol ini akan dipohon pada pertengahan 2015,” katanya.

Beliau berkata pampasan itu berdasarkan formula pengiraan pampasan yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi dan jumlah sebenar bayaran pampasan tol akan ditentukan selepas proses verifikasi trafik dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Lebuh raya yang terlibat dengan penangguhan kenaikan tol ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Kuala Lumpur-Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penguraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK), Storm Water Management and Road Tunnel (SMART), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Sungai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur Satu (LPT1), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (GrandSaga), Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA).

Dalam pada itu, Rosnah berkata pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3) di Kelantan melibatkan jajaran Kuala Terengganu-Besut-Setiu-Kelantan akan dilaksanakan kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11.

Lebuh Raya Pantai Timur melibatkan tiga fasa dan hanya LPT3 yang belum bermula projek pembinaannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq