Ford Mondeo, Everest & Mustang 2.3 EcoBoost/5.0 V8 sah bakal tiba di Malaysia tahun hadapan

By  |  0 Comments

2015 Mustang Media Drive in L.A.

Ford yang masih ‘panas’ dengan model Fiesta ST yang akan mula berada di bilik pameran hujung minggu ini, nampaknya takkan ‘berehat’ pada tahun hadapan. Sudah kedengaran berita yang bertebaran apabila Ford Malaysia bakal membawa masuk tiga model yang dinanti-nantikan di pasaran tempatan, iaitu Ford Mondeo, Everest dan Mustang.

Berita ini telah disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Kumpulan dan Presiden Ford Motor Co. Asia Pacific, David Schoch dalam pertemuan tertutup bersama sekumpulan pihak media petang semalam.

Ford-Mondeo-5-Door-01

Modeo dipadankan dengan enjin baharu 1.5 liter empat-silinder EcoBoost, 1.0 liter EcoBoost dan 2.0 twin-turbo TDCi diesel baharu. Dijangka model yang bakal tiba di Malaysia pada separuh pertama 2015 ialah unit CBU yang diimport dari Eropah.

Bagi model SUV Ford Everest 2015 yang baru sahaja diperkenalkan di Beijing minggu lepas, dijanakan oleh enjin 2.2 liter empat-silinder dan 3.2 liter lima-silinder TDCi turbodiesel serta 2.0 liter EcoBoost petrol. Namun belum dipastikan varian mana yang bakal tiba di Malaysia.

Ford-Everest-01

Manakala model paling gempak, Ford Mustang pastinya dinanti-nantikan kehadirannya di Malaysia, dijangka tiba pada suku pertama 2015. Ia bakal diimport dari Michigan, USA, dengan dua varian iaitu 2.3 EcoBoost dan 5.0L V8.

Nampak gayanya pengumuman Ford ini semakin meledakkan lagi industri automotif tempatan yang sebenarnya jarang lesu dengan pelbagai kehadiran model kenderaan baharu di pasaran.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *