Toyota dedah nama bagi kenderaan FCV – Mirai bakal dipasarkan di USA

By  |  0 Comments

Setelah memperkenalkan imej imej luaran versi produksi kenderaan sedan berkuasa sel bahan api (fuel cell vehicle/FCV) atau hidrogen, Toyota FCV, pada penghujung Jun yang lalu, Toyota Motor Corporation (TMC) akhirnya telah mengumumkan nama bagi model ini.

Ia akan dikenali sebagai Toyota Mirai (未来) atau bermaksud ‘masa hadapan’. Malah Toyota telah merancang untuk membina infrastruktur pengisian bahan api hidrogen ini di bahagian timur laut Amerika Syarikat.

Toyota_FCV_03-e1403676463283-850x378

Presiden Toyota, Akio Toyoda yang mengesahkan kenyataan ini melalui klip video khas, berkata, “Bagi Toyota, ia bukan sekadar sebuah kereta baharu yang diperkenalkan. Tetapi dianggap sebagai peluang untuk menampilkan sesuatu kelainan.”

Malah untuk merealisasikan projek ini, CEO Toyota mengesahkan kerjasama yang melibatkan pelaburan infrastruktur sel bahan api antara Toyota dan rakan kongsi, Air Liquide yang melibatkan lima negeri di bawah koridor timur laut Amerika Syarikat iaitu Connecticut, Massachusetts, New Jersey, New York dan Rhode Island. Di mana Mirai akan boleh didapati di negeri-negeri tersebut pada tahun 2015 dan Toyota akan membangunkan 12 buah stesen di sana, termasuklah di sekitar New York dan Boston.

Toyota berkata, Mirai mampu dipacu sehingga hampir 500 km untuk satu tangki bahan api penuh dan pengisian semulanya hanya mengambil masa kurang dari lima minit sahaja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *