Ford makin membongkar rahsia model prestasi sport akan datang

By  |  0 Comments

Ini merupakan video ke-empat daripada lima video daripada Ford yang makin membongkarkan rahsia model prestasi sport yang akan datang.

Ada pemerhati industri automotif bertanggapan, bahawa model ini mungkin memiliki persamaan dengan Mustang GT350. Adakah ia benar?

Melalui klip terbaharu ini, Timbalan Presiden Rekaan Global Ford, Moray Callum, berkata, apa yang paling menarik tentang model ini ialah perubahan drastik yang dilakukan yang telah diberi pelbagai penambah baikan. Di mana Ford telah merendahkan bahagian hudnya, meluaskan bahagian hadapan dan dalam masa yang sama prestasinya juga diberi penambah baikan yang optimum.

Kenyataannya ini juga disokong oleh Timbalan Eksekutif Presiden Ford, Joe Hinrich yang berkata, “Apabila anda melihat bahagian hadapannya, kami telah memberikan rekaan yang terbaik untuk penggayaan yang lebih menawan termasuklah pada bahagian hud dan hadapannya.”

Ford akan mendedahkan jentera ini secara eksklusif pada 17 November ini dan klip video terakhirnya juga akan dilancarkan pada 9 pagi tarikh berkenaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *