Toyota Camry & beberapa model lain terlibat dalam program Recalled – Melibatkan 361,800 unit seluruh dunia

By  |  0 Comments

2015-Toyota-Camry-0

Toyota Motor Corp telah mengumumkan bakal memanggil semula atau recall sejumlah 361,800 buah kenderaan di seluruh dunia yang didapati mengalami tiga kerosakan berasingan. Model yang terbabit ialah Camry, Hiace, Regius Ace, Dyna, Crown dan Crown Majesta.

Dalam kes pertama, ia melibatkan komponen ball joint yang didapati rosak pada model Camry (buatan antara Mac 2011 dan Ogos 2014), di mana ia boleh menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan. Sebanyak 170,000 unit Camry, termasuk 120,000 unit di Eropah, 40,000 unit di Jepun dan 60 unit di USA, didapati terjejas. Malah Camry yang dijual di Kemboja, India, Myanmar, Pakistan dan Filipina juga turut terlibat.

Manakala kes kedua pula melibatkan kerosakan pada paip minyak yang boleh menjejaskan model Hiace, Dyna dan Regius Ace, majoriti kes di Jepun. Sejumlah 105,800 unit ketiga-tiga model tersebut terlibat dengan program panggil semula ini. Walau bagaimana pun, model Hiace yang dijual di rantau Asia Pasifik tidak terjejas.

crown-majesta-01

Bagi isu ketiga pula melibatkan model Crown dan Crown Majesta (gambar di atas) yang dijual di Jepun. Ia melibatkan 86,000 unit dan bahagian luaran tali pinggang keselamatan pada model terbabit perlu ditukar.

Buat setakat ini, Toyota mengesahkan tiada kecederaan mahu pun kematian yang dilaporkan disebabkan ketiga-tiga masalah yang disebut.

Untuk model yang dijual di Malaysia, UMW Malaysia telah mengesahkan tiada unit Camry dan Hiace yang terlibat di dalam program ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *