Volvo V60 Cross Country bakal tampil di Los Angeles Auto Show

By  |  0 Comments

Volvo telah mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan model V60 Cross Country pertengaha bulan ini di Los Angeles Auto Show.

V60 Cross Country ini mengalami peningkatan 65mm ketinggian berbanding dengan model normal V60. Ia juga tampil dengan skid plates pada bahagian hadapan dan belakang, paip ekzos berkembar, fender extender serta rim aloi baharu bersaiz 18 atau 19 inci.

Volvo V60_7

Pada bahagian kabinnya, tidak banyak perubahan yang dilakukan. Antaranya pemilihan tempat duduk sport balutan kulit tona hitam dengan jahitan berwarna coklat.

Model V60 Cross country ini akan dipasarkan untuk negara USA dan Kanada terlebih dahulu pada awal tahun hadapan dengan pilihan enjin gasolin lima-silinder dengan kuasa 250 hp bersama transmisi automatik.

Bagi pasaran antarabangsa pula, ia mungkin akan dipadankan dengan dua enjin iaitu 2.0L gasolin Drive-E empat-silinder (181 hp) dan diesel D4 lima-silinder (187 hp) dengan pacuan empat roda (AWD).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq