Honda Civic Hibrid 1.5 kini berharga RM185k

By  |  0 Comments

honda-civic-hybrid-price

Selepas mendedahkan harga baharu bagi model CR-Z, Honda Malaysia mengumumkan Civic Hibrid kini berharga RM185,500 (harga atas jalan berserta insurans).

Sebelum ini, model yang dilancarkan pada Julai 2012 dijual pada harga RM119,980. Peningkatan harga yang mendadak ini ekoran penamatan insentif penuh cukai import dan pengecualian duti eksais bagi kenderaan hibrid dan kenderaan elektrik (EV) unit CBU yang diimport masuk ke pasaran tempatan.

Buat setakat hari ini, kenderaan hibrid yang dipasang di dalam negara (unit CKD) hanyalah Honda Jazz Hibrid, Mercedes-Benz S400 L Hybrid dan Nissan Serena S-Hybrid yang telah dipertingkatkan (facelift). Di mana insentif cukai telah diteruskan bagi model CKD.

honda-civic-hybrid-price-2-e1415149655144

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *