Program Volkswagen Experts diperkenalkan di Malaysia

By  |  0 Comments

Picture 1

Sebagai inisiatif selepas jualan, Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah memperkenalkan program Volkswagen Experts di negara ini. Ia membabitkan 10 juruteknik bertaulian dari Jerman, yang lebih dikenali sebagai Volkswagen Experts, untuk bekerjasama dengan pengedar tempatan bagi memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan di negara ini.

10 orang Volkswagen Experts ini akan ditempatkan di pusat servis terpilih untuk memberi tunjuk ajar dan panduan pada juruteknik tempatan bagi mengenal pasti dan mengendalikan masalah kenderaan pemilik Volkswagen. Menerusi inisiatif ini, ia dapat mmembuktikan komitmen VGM bagi memperbaiki dan mempertingkatkan keupayaan servis bagi jangka masa yang panjang dan lebih berdaya saing.

Picture 5

Menurut Pengarah Urusan VGM, Armin Keller, pihaknya akan terus melaburkan sejumlah kos bagi latihan dan pembangunan bagi melahirkan juruteknik yang bertauliah dan terbaik, untuk memastikan perkhidmatan selepas jualan yang dapat memuaskan hati para pelanggan.

“Mereka akan dilatih untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, di samping kami akan sentiasa menggalakkan mereka untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini,”ujar Armin.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq