Ford Everest bakal diperkenalkan di Beijing pada 13 Nov ini

By  |  0 Comments

New Everest_Teaser

Baru-baru ini, Ford telah mendedahkan foto Ford Everest serba baharu yang bakal diperkenalkan di Beijing pada 13 November ini.

Lebih halus buatannya dan amat berkemampuan, Ford Everest serba baharu akan membolehkan perjalanan luar biasa dilakukan. Ia sememangnya dibina dengan warisan Ford yang terkenal sebagai pencipta dan peneraju dalam penghasilan kenderaan utiliti.

Pembangunan Ford Everest serba baharu diketuai oleh pasukan pembangunan dan reka bentuk Ford Asia Pasifik di Australia dengan kerjasama rakan sepasukan di Asia Pasifik serta di seluruh dunia.

“Kami tidak sabar untuk menunjukkan kepada dunia contoh terbaharu strategi produk global One Ford ini beraksi,” kata Naib Presiden, Pembangunan Produk Ford Asia Pasifik, Trevor Worthington.

“Selepas lima tahun dan 4,500 jam bekerja melibatkan reka bentuk serta kerja-kerja pembangunannya, kami akan mendefisikan semula apa yang boleh para pelanggan harapkan daripada sebuah SUV.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *