Hyundai Santa Fe & Santa Fe Sport 2015 ada perubahan mekanikal

By  |  0 Comments

Hyundai Santa Fe2

Hyundai telah pun melancarkan model Santa Fe dan Santa Fe Sport versi 2015 dengan penambah baikan daripada sudut mekanikal.

Dengan perubahan mekanikal bagi aplikasi sistem stereng berkuasa elektrik baharu yang menggunakan mikroprosesor 32-bit, ia menjanjikan ‘pengendalian stereng yang lebih memuaskan’.

Ia turut didatangkan dengan Driver Selectable Steering Mode yang telah diberi penambah baikan menerusi pelarasan Sport bagi memberikan kuasa kemantapan stereng terbabit.

Hyundai Santa Fe6

Selain itu, kedua-dua varian juga telah ditala semula bahagian sesendal tayar hadapan bagi tujuan menambah baikan pengendalian stereng.

Hyundai Santa Fe dan Santa Fe Sport 2015 ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi yang telah dipertingkatkan termasuk pada bahagian wheel bearing dan arm bushing bagi memberikan kemantapan pada suspensi hadapan. Selain itu, geometri suspensi belakang juga telah diberi penambah baikan bagi memberikan kemantapan yang lebih bersesuaian.

Hyundai Santa Fe13

Bukan itu sahaja, bagi memberikan imej yang lebih menarik, kedua-dua model turut ditampilkan dengan lampu pencahayaan siang, cermin tingkap berkuasa automatik bagi tempat duduk penumpang hadapan, cermin titik buta bagi pemandu.

Manakala Santa Fe Sport turut ditampilkan dengan elemen tambahan seperti gril hadapan dengan dua tona.

Hyundai juga menambahkan pilihan warna yang segar iaitu Platinum Graphite dan Sparkling Silver. Bukan itu sahaja, dengan adanya sistem Hands-Free Smart Liftgate bersama Auto Open system yang membolehkan pemandu membuka pintu belakang tanpa menggunakan kunci (kunci harus berada di dalam poket/beg yang dipegang) dengan hanya berdiri beberapa kaki dari bampar belakang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *