Peugeot 308 GT lebih agresif

By  |  0 Comments

Peugeot 308_3

Peugeot turut mengambil kesempatan memperkenalkan model 308 GT yang hadir dengan dua varian iaitu sedan dan wagon. Model 308 GT ini menampilkan imej yang lebih agresif termasuk bampar hadapan, gril yang telah diperkemaskinikan dan skirt sisi yang bersifat aerodinamik.

Jentera ini juga turut tampil dengan lampu utama LED, lampu isyarat membelok berjujukan dan perumah cermin sisi berwarna hitam berkilat. Selain itu, elemen lain yang turut menambahkan imej yang lebih gah pada jentera ini ialah peresap pada bahagian belakang, sistem ekzos berkembar dan rim aloi Diamant bersaiz 18 inci yang dibaluti dengan tayar Michelin Pilot Sport 3 tires.

Peugeot 308_1

Imej sport juga merajai bahagian kabin dengan kehaidran roda stereng sport balutan kulit, jahitan kontras berwarna merah dan pedal aloi. Ia juga ditampilkan dengan meter kluster instrumen yang telah diberi penambah baikan, dan garisan bumbung anthracite.

Ia dijanakan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.6 liter THP empat-silinder yang boleh menghasilkan kuasa sehingga 205 PS dan tork 285 Nm serta enjin diesel 2.0 liter BlueHDi empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa 180 PS dan tork 400 Nm.

308 GT ini juga ditampilkan dengan sistem brek berprestasi tinggi dan sistem suspensi talaan sport.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *