UMW Toyota Motor memperhebatkan kempen jualan sepanjang Okt – Nov 2014

By  |  0 Comments

V1 Pic 2

Bermula hari ini, UMW Toyota Motor telah memulakan kempen jualan dengan pelbagai tawaran yang menarik dan menganjurkan program siri jelajah yang melibatkan 78 lokasi di seluruh negara. Ia bermula hari ini sehingga 30 November 2014.

Menerusi kempen jualan ini, para pelanggan berpeluang menikmati pelbagai promosi menarik dengan pilihan kadar faedah atau bayaran pendahuluan terendah bergantung pada model terpilih. Di mana pelanggan yang membeli Camry bakal menikmati kadar faedah terendah bermula 0.88%. Manakala bagi model Vios dan Hilux pula, kadar faedahnya bermula daripada 1.58%.

Altis38

Bagi pilihan bayaran pendahuluan terendah pula, ia hanya untuk Vios, Camry, Hilux, Altis, Avanza, Innova, Alphard dan Previa.

Manakala bagi promosi yang berlangsung di 78 lokasi terpilih ini, tawaran hebat hanya sehingga 31 Oktober ini bergantung pada stok yang ada.

Untuk mengetahui senarai lokasi tersebut serta maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari laman web rasmi Toyota di www.toyota.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *