Google Maps telah dipertingkatkan – Imej Street View bantu pencarian lebih mudah

By  |  0 Comments

Screen Shot 2014-10-01 at 12.26.26

Selain menggunakan GPS dan aplikasi Waze, Google Maps menjadi antara pilihan orang ramai untuk mencari arah jalan bagi destinasi atau lokasi berdasarkan alamat atau nama premis. Malah boleh dikatakan Google Maps sering bertindak cemerlang dalam membantu memberikan arah jalan. Apatah lagi kini ia telah dilengkapi dengan imej Street View yang cukup komprehensif.

Imej Street View ini merupakan perkembangan terkini daripada Google Maps. Ia bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia, malah seluruh dunia.

Kini, Google telah menerbitkan hampir 90 peratus imeh pemandangan yang boleh didapati di sepanjang jalan-jalan di Semenanjung Malaysia termasuklah di lebuh raya utama, jalan­-jalan bertol, jalan negeri, pusat bandar dan kawasan kejiranan. Imej itu juga turut menunjukkan kawasan­-kawasan bukan jalan utama (off­road) yang diambil oleh ‘Street View Trekker’ dengan menggunakan sistem kamera yang diletakkan pada beg sandang.

Di kawasan terdapat ‘Street View’, imejnya boleh diakses dengan mengheret ikon berwarna jingga ‘Pegman’ ke bahagian sebelah kanan peta, ke atas jalan berwarna biru. Di dalam Google Maps baharu, orang ramai juga boleh mencari destinasi tempatan dan di mana terdapat akses kepada imej Street View dari karusel imej (imagery carousel)yang terdapat di bawah skrin.

Antara imej baharu yang dimasukkan ialah Taman Negara Pahang, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Pinang, Melaka dan Putrajaya.

Dengan membawa Street View ke Malaysia, Google berharap dapat menyediakan perkhidmatan lebih relevan dan berguna kepada rakyat Malaysia serta memberikan lebih cara untuk meneroka kawasan­kawasan kegemaran atau tidak diketahui di sini, pada masa sama dapat membantu pembangunan ekonomi negara dengan menyediakan peta yang lebih baik.

Screen Shot 2014-10-01 at 12.26.05

Menurut Pengarah Urusan, Google Malaysia, Sajith Sivanandan, Dengan menyediakan maklumat peta lebih berguna, Street View juga dapat membantu mencipta kesan ekonomi berpanjangan.

Malah Google juga memastikan privasi di Google Maps akan dijaga dengan baik ketika pengguna menggunakan imej Street View ini. Google telah membangunkan teknologi sofistikated yang dapat mengkaburkan wajah manusia dan plat kenderaan bagi menghalang mereka dikenalpasti.

Screen Shot 2014-10-01 at 12.37.19

Sebagai tambahan, Google juga juga dapat menunaikan permintaan mereka yang tidak mahu wajah atau imej mereka dipaparkan di Street View ­ dengan menghantar permintaan tersebut melalui “Report a problem” yang terdapat di bahagian bawah kanan Google Maps.

Untuk mengeksplorasi aplikasi ini, sila layari maps.google.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq