Renault Clio Initiale Paris muncul dalam diam!

By  |  0 Comments

Renault10

Mungkin ini keputusan yang tepat buat Renault untuk menghargai negaranya yang tercinta dengan melancarkan model Clio Initiale Paris. Sejak Mei tahun lalu lagi Renault telah mengumumkan bakal melancarkan elemen Initiale Paris di mana Clio merupakan model pertama yang menerima kekemasan premium ini dan ia dijual pada harga €21,500.

Perubahan pada rekaan luaran yang paling menyerlah ialah dengan penampilan lampu pencahayaan siang LED yang lebih anggun dan ia telah diposisikan pada lampu utama berbanding di bahagian gril tengah.

Renault7

Selain itu, penampilan lampu kabus dan ekzosnya juga nampak berlainan. Bukan itu sahaja, rim aloi bersaiz 17 inci turut mempunyai tiga pilihan iaitu berwarna kelabu, hitam dan ivory.

Pada bahagian kabinnya pula, kelihatan dua tona upholstery digunakan dengan tulisan “Initiale Paris” pada tempat duduk dan roda sterengnya. Model ini hanya menerima satu sahaja pertambahan elemen untuk dalamannya iaitu bumbung panoramik yang berharga €400.

Renault6

Clio Initiale Paris ini turut dijanakan oleh enjin 0.9 liter tiga-silinder TCe pengecas turbo yang mampu menjanakan kuasa sehingga 90 hp. Tetapi pelanggan turut mempunyai pilihan untuk menaik taraf enjinnya ke 1.2 liter TCe yang boleh menyalurkan kuasa maksimum sehingga 120 hp yang dipadankan dengan kotak gear EDC enam-kelajuan berharga bermula €23,600.

Untuk enjin diesel pula, ia hanya ada datu pilihan iaitu 1.5 liter dCi dengan kuasa maksimum 90 hp serta boleh dipadankan sama ada dengan kotak gear manual lima-kelajuan (berharga dari €23,800) atau EDC (dari €25,200).

Model ini bakal dipertontonkan di Paris Motor Show yang berlangsung awal bulan hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *