Patuhi Harga Siling Belajar Lesen Memandu – JPJ

By  |  0 Comments

Screen Shot 2014-09-16 at 11.25.50

Petang semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyiarkan Harga Siling Belajar Lesen Memandu menerusi laman media sosial FB rasminya. Menerusi keterangan yang diletakkan pada senarai harga ini, JPJ berkata, ia perlulah dipatuhi oleh semua institut memandu dan sekolah memandu.

Selain itu, JPJ turut membuat kenyataan, mana-mana institut memandu dan sekolah memandu yang mengenakan harga tidak berpatutan, orang ramai boleh melaporkan perkara ini ke aduan@jpj.gov.my atau berjumpa terus dengan Pengarah JPJ Negeri dan Pengarah Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat bagi tindakan tegas.

Pada pertengahan Julai yang lalu, isu mengenai harga bagi kadar baharu lesen memandu Kelas D dan B2 dikatakan naik mendadak. Namun Dato’ Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri di Kementerian Pengangkutan, telah menyangkal dakwaan ini dan mengatakan ia tidak dinaikkan dan kekal seperti yang ada.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *