Perodua Axia sasar jualan 30,000 unit sebelum akhir Disember ini

By  |  0 Comments

Axia02

24 jam yang lalu, Perodua telah pun selamat ‘melahirkan’ anak bongsunya yang diberi nama Perodua Axia. Pelancaran penuh gilang-gemilang ini disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau turut diiringi oleh Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa, Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi Daihatsu Motor Company, Koichi Ina, Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa, Datuk Hamim Samuri, Timbalan Menteri Kedua Pelajaran, P.Kamalanathan dan Presiden merangkap CEO Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh.

Menurut Aminar, Perodua mensasarkan jualan sebanyak 30,000 unit bagi Axia bagi tahun ini. Sehingga semalam, sebanyak hampir 13,500 unit tempahan telah dicatatkan semenjak ia dibuka mula 15 Ogos lalu.

Dengan harga yang begitu kompetitif iaitu bermula RM24,600 hingga RM42,530, Axia yang menawarkan empat varian iaitu Standard E (MT), Standard G (MT/AT), Special Edition (MT/AT) dan Advance (AT) dijangka mampu melangkaui jangkaan Perodua sendiri daripada aspek penjualan. Di mana Axia dilihat sebagai transformasi baharu yang diimplementasikan oleh Perodua termasuk untuk modelnya yang akan datang.

MAIN

Muhyiddin turut mengatakan kehadiran Axia yang menawarkan rekaan yang ringkas dan kontemporari dengan gabungan pelbagai fungsi, praktikaliti, ditawarkan pada harga yang berpatutan serta bersifat mesra-alam tepat pada masanya. Terutamanya dengan kehendak dan cita rasa rakyat Malaysia yang inginkan sebuah kenderaan sebegini termasuklah menawarkan penjimatan bahan api yang efisien.

“Berdasarkan dengan senarai harga dan elemen yang ditampilkan, saya percaya Perodua Axia akan diterima oleh rakyat Malaysia. Malah saya berharap agar model ini bakal dipasarkan di rantau Asia pada masa yang akan datang,”ujar Muhyiddin.

Sempena dengan pelancaran Axia ini, Perodua turut mengumumkan bahawa empoh waranti baharu telah diperkenalkan bagi Axia dan ia turut dilaksanakan bagi model Myvi serta Alza iaitu lima tahun waranti. Namun pakej servis percuma selama tiga tahun yang dipraktikkan sebelum ini ditamatkan serta-merta.

Brotherhood InfoKereta.com, Paultan.org, sempat merakamkan video pelancarannya yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *