Harga kereta dijangka turun 1 hingga 3 peratus selepas GST – MAI

By  |  0 Comments

car-sale-img

Memetik laporan BERNAMA, Malaysian Automotive Institute (MAI) berpendapat bahawa harga kereta dijangka akan mengalami penurunan antara satu hingga tiga peratus selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diimplementasikan pada April 2015.

Menurut CEO MAI, M.Madani Sahari, berdasarkan simulasi MAI, GST seharusnya mampu membantu menurunkan harga kereta, untuk semua kereta termasuk kereta import.

MAI mensasarkan Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk tahun hadapan adalah sebanyak 700,000 unit dengan harga kereta yang akan menjadi lebih kompetitif. Bagi tahun ini, MAI meramalkan TIV bakal merekodkan sebanyak 670,000 unit.

Malah Madani turun berpendapat, tiada sebab untuk tidak membeli kereta sebelum GST diimplementasikan, di mana ia mungkin akan memberikan sedikit kesan terhadap harga kereta baharu.

Walau bagaimana pun, nilai bagi kenderaan terpakai dijangka akan lebih menurun, kemungkinan besar antara lima hingga 10 peratus.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *