Dasar skrap nasional wajar dirangka – MAA

By  |  0 Comments

kedai-potong

Beberapa hari yang lalu, Berita Harian melaporkan kenyataan daripada Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, MAA telah memberikan cadangan kepada kerajaan supaya dasar skrap nasional diwujudkan. Ia bertujuan untuk melupuskan kenderaan berusia terutamanya yang tidak lagi selamat digunakan di jalan raya.

Menurut Aishah, dasar itu perlu diwujudkan bagi memastikan adanya kaedah yang tersusun dalam jangka masa yang panjang bagi melupuskan kenderaan berkenaan. Katanya, dasar skrap kenderaan perlu dirumus secara menyeluruh untuk membabitkan semua model dan jenama. Malah

Walau bagaimana pun, MAA turut perpendapat, untuk melaksanakan dasar ini, perlu ada skim bagi membolehkan kereta lama dilupuskan dengan kaedah yang betul bersandarkan garis panduan dasar skrap kenderaan yang ditetapkan kerajaan. Ini bagi memastikan hanya kenderaan dalam keadaan yang baik dan mesra alam berada di jalan raya sekali gus menyumbang kepada persekitaran trafik yang lebih selamat dan mesra alam.

Dasar ini difikirkan praktikal untuk dilaksanakan memandangkan pertambahan lebih 600,000 unit kenderaan baharu setiap tahun, mengikut rekod MAA sendiri.

Tahun ini, MAA mengunjurkan sejumlah 680,000 kenderaan baharu dijual, yang mana daripada jumlah itu 598,400 unit adalah kenderaan penumpang. Sementara pada 2015, MAA mengunjurkan 693,500 unit kenderaan baharu didaftarkan dengan sejumlah 610,300 daripadanya dijangka kenderaan penumpang.

car-sale-img

Jumlah keluaran industri (TIV) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 333,142 unit, meningkat 6.3 peratus atau 19,654 unit berbanding tempoh sama tahun lalu.

Di mana dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, segmen kenderaan penumpang mencatat pertumbuhan positif berbanding tempoh sama tahun lalu. Kenderaan penumpang berkembang 7.5 peratus atau 20,788 unit manakala kenderaan komersial susut tiga peratus atau 1,134 unit kepada 36,363 unit.

Pertambahan kenderaan baharu setiap tahun antara lain dikatakan menjadi faktor utama menyumbang kepada kesesakan trafik terutama di bandar utama.

Laporan Berita Harian ini juga menyebut, beberapa negara maju termasuk Jepun dan Amerika Syarikat telah mempunyai dasar skrap bagi kenderaan yang berusia lebih 15 tahun.

Pelaksanaan dasar skrap akan meningkatkan jualan kereta baharu sekali gus mewujudkan kesan limpahan lebih meluas kepada ekonomi negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq