Shell Rimula rai pelanggan setia dalam majlis makan malam khas

By  |  0 Comments

(L-R) Liau Chia Chin, Loh Yew Sing, Tan Chin Purn; Shell Lubricants' Seow Lee Ming, Leslie Ng, Alex Lim and Kong Shad Foon, Chan Meng Fei, Khoo Teik Seng and Tan Chung Lay

Bagi menghargai pelanggan setianya dari seluruh negara, baru-baru ini Shell Rimula telah menganjurkan majlis makan malam penghargaan khas buat lebih 450 pelanggannya di Hotel Kingwood, Sibu, Sarawak.

Dengan bertemakan ‘Night of Heavyweights’, majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dari semua sektor, termasuk logistik, pembalakan,pertanian dan pembinaan, yang telah memainkan peranan untuk menjadikan Shell Rimula sebagai jenama minyak enjin diesel tugasan berat pilihan utama di negara ini.

Pada majlis itu juga, Shell Rimula telah menyampaikan hadiah rasmi kepada enam pemenang Hadiah Utama Peraduan Promosi Global Shell Rimula 2014, yang akan mengikuti lawatan VIP dengan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya ke London pada bulan September ini.

Enam pemenang bertuah tersebut ialah Chan Meng Fei, Khoo Teik Seng, Liau Chia Chin, Loh Yew Sing, Tan Chin Purn, dan Tang Chung Lay. Mereka juga akan mewakili Malaysia ke Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula yang diadakan buat julung kalinya.

Mereka merupakan antara peserta akhir global dari 12 negara yang akan menguji kemahiran memandu kenderaan berat masing-masing. Di mana mereka perlu memandu pelbagai kenderaan berat untuk menempuh satu siri halangan di Cabaran Memandu Kenderaan Berat Shell Rimula 2014 yang akan menentukan juara keseluruhan.

Menurut Troy Chapman, Pengurus Besar Kelompok, Shell Lubricants – Asia Tenggara, jenama Shell Rimula sekali lagi mencatatkan kejayaan besar tahun ini dalam usahanya mengukuhkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.

Pengurus Jenama Global Shell Rimula, Seow Lee Ming, pula berkata, Shell terus memanfaatkan kepimpinan teknologi untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang boleh membantu pengendali kenderaan, pengguna peralatan berat dan pemandu trak meningkatkan prestasi, menambah kecekapan dan mengurangkan penggunaan bahan api.

Shell Rimula komited terhadap penyelidikan dan pembangunan, dengan membuat pelaburan besar untuk memastikan minyak enjin tugas beratnya diuji dalam kenderaan paling berat dan keadaan pemanduan paling sukar. Hasil penyelidikan inilah yang kemudiannya diguna pakai demi manfaat pelanggan Shell Rimula untuk menawarkan produk minyak pelincir paling canggih di dunia untuk semua kenderaan berat.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *